Saturday, May 2, 2009

BILA TAK BIASA JADI BIASA

Syukur Alhamdulillah kerana diberi kesempatan oleh Allah untuk 'berehat' selama tiga hari sempena Hari Pekerja. Jarang sekali kami dapat bercuti dalam jangka masa yang lama begini. Biasanya, hari minggu kami cuma sehari, hari Ahad. Segala aktiviti cuba dimanfaatkan semaksimum mungkin pada hari tersebut. Awal-awal dulu timbul juga rasa cemburu dengan sahabat-sahabat di universiti lain, namun terpaksa dibiarkan sahaja. Lama-lama dah jadi biasa.

Syukur juga dipanjatkan kerana diberi peluang untuk meluaskan pengembaraan di bumi Volgograd. Pagi semalam, penulis berkesempatan menyertai lawatan bersama sahabat-sahabat tahun akhir berkunjung ke Masjid Tertua di Volgograd; Masjid Chepurniki yang berusia lebih dua abad dan melawat sekitar perkampungan muslim disitu. Nikmat menjadi tetamuNya terlalu manis. Fikiran tenang dapat beri'tiqaf dirumahNya.

Untuk entry kali ini, penulis tidak berhajat untuk berkongsi catatan kembara itu. Moga diberi ruang masa lagi olehNya untuk mencatat kembara sufi penulis diruang maya ini. BiizniLLah.

Otak ligat berfikir. Kenapa remaja hari ini mudah sangat berubah dan malah mudah sangat dipengaruhi. Dulu lain, sekarang dah lain. Fenomena "Dulu tak biasa, sekarang dah biasa" yang tidak sudah-sudah melanda.


Penulis suka menilai apa yang berlaku dihadapan mata. Melihat sahabat-sahabat sendiri banyak yang berubah, hati rasa bimbang. Sahabat-sahabat yang penulis kenal dari tadika, sekolah rendah, maahad, IIU dan hinggalah di Volgograd. Penulis cuba perhatikan. Bukan berniat menjaga tepi kain mereka, tetapi merasakan kadang-kadang kita perlu juga untuk ambil tahu apa yang berlaku pada sahabat sendiri.

"Macam mana ni kak? saya sedih la tengok kawan-kawan saya tu. Sekarang ni suka main boling dekat Mall dengan budak-budak lelaki. Alasannya keluar dengan groupmate sekali sekala apa salahnya. saya bukan apa, selalu sangat sebenarnya. Dah macam jadi hobi baru. Rasanya, ada masa kosong je mesti nak ajak groupmates tu main. Dulu tak macam ni.." luah seorang teman beberapa hari lepas.

Perkara yang sama juga bermain difikiran teman itu. Bimbang melihat angin baru sahabatnya. Penulis sendiri tidak dapat memberi jawapan yang melegakan untuk soalan itu. Yang terlintas dibenak penulis adalah "bila yang tak biasa, nak mula jadi biasa". Mencari-cari punca dan cara untuk menghalang pertukaran angin itu.

Fenomena ini bukan baru, tetapi makin lama makin menjadi-jadi. Semakin tinggi tahap pelajaran, semakin jauh tahap perubahan. Kadang-kadang tidak terfikir dek 'akal fikiran kita.

Penulis tidak bimbang, malah bersyukur, jika ia perubahan kearah yang positif. Dulu tak pandai mengaji Quran, sekarang Quran sentiasa dalam poket. Dulu asyik 'miss' solat, sekarang solat sentiasa awal waktu. Dulu tak biasa bercakap depan orang, sekarang berceramah mengalahkan ahli politik. Memang perubahan seperti itu yang diharapkan.

Namun yang sering dikhuatiri adalah jika perubahan itu mengheret diri kearah berbuat derhaka atau maksiat pada Allah. Dulu segan nak bercakap dengan lelaki, sekarang bila bercakap jarak cuma sejengkal. Dulu bertudung labuh, sekarang tudung singkat atas dada. Dulu anti couple, sekarang kemana-mana berkepit dengan girlfriend. Akhlaq berputar 180 darjah. Hilang rasa malu, berani yang keterlaluan. Perubahan seperti inilah yang perlu dielakkan. Bagaimana ini semua boleh terjadi? Wallahua'lam.

Hati kecil manusia sentiasa membisikkan kebenaran, sebelum setiap tindakan yang diputuskan, hati kecil itulah yang akan bersuara dahulu memberikan fatwanya. mengiakan yang baik, melarang yang buruk. Namun, dalam diri manusia juga adanya akal dan nafsu yang akan mempengaruhi tindakan. Jangan sampai nafsu yang mengusai, kerana dibelakangnya ada syaitan yang sentiasa menghancurkan jiwa hamba.

Fenomena 'tak biasa jadi biasa' bermula dengan, "cuba sekali ni aja, bukan selalu". Apabila syariat Allah dan fatwa hati tidak diendahkan, maka bermulalah titik perubahan. Jika keadaan ini berterusan, ini menandakan manusia itu telah masuk ke 'alam kebiasaan'. Allah berfirman:

وَمَنْ يَعْشُ عَنْ ذِكْرِ الرَّحْمَنِ نُقَيِّضْ لَهُ شَيْطَاناً فَهُوَ لَهُ قَرِينٌ
" Dan sesiapa yang tidak mengendahkan pengajaran (Al-Quran yang diturunkan oleh Allah) Yang Maha Pemurah, Kami akan adakan baginya syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya), lalu menjadilah syaitan itu temannya yang tidak renggang daripadanya"
[Az Zukhruf:36]

Jangan sampai hati kecil itu merajuk selamanya dan tidak mahu berfungsi lagi. Necrosis jadinya. Bila hati dah keras, manusia makin hilang pertimbangan. Dek kerana terlalu biasa, tak kisah apa nak jadi.

Sama-samalah kita muhasabah. Jika ada yang telah melampaui syariat yang telah dibataskan, berhentilah dan undur kembali ke jalan yang telah di ajarkan Rasulullah s.a.w. Mintalah keampuanan dah hidayahNya. Belum terlambat untuk meraih tempat disisiNya. Pintu taubat sentiasa terbuka luas selagi nyawa belum dikerongkong.

كَيْفَ يَهْدِي اللَّهُ قَوْماً كَفَرُوا بَعْدَ إِيمَانِهِمْ وَشَهِدُوا أَنَّ الرَّسُولَ حَقٌّ وَجَاءَهُمْ الْبَيِّنَاتُ وَاللَّهُ لا يَهْدِي الْقَوْمَ الظَّالِمِينَ (86) أُوْلَئِكَ جَزَاؤُهُمْ أَنَّ عَلَيْهِمْ لَعْنَةَ اللَّهِ وَالْمَلائِكَةِ وَالنَّاسِ أَجْمَعِينَ (87) خَالِدِينَ فِيهَا لا يُخَفَّفُ عَنْهُمْ الْعَذَابُ وَلا هُمْ يُنْظَرُونَ (88) إِلاَّ الَّذِينَ تَابُوا مِنْ بَعْدِ ذَلِكَ وَأَصْلَحُوا فَإِنَّ اللَّهَ غَفُورٌ رَحِيمٌ (89)
"Bagaimana Allah akan memberi petunjuk hidayah kepada sesuatu kaum yang kufur ingkar sesudah mereka beriman, dan juga sesudah mereka menyaksikan bahawa Rasulullah (Nabi Muhammad) itu adalah benar, dan datang pula kepada mereka keterangan-keterangan yang jelas dan nyata. dan (ingatlah), Allah tidak akan memberikan petunjuk hidayahNya kepada kaum yang zalim.

Mereka itu, balasannya ialah bahawa mereka ditimpa laknat Allah dan malaikatNya serta sekalian orang-orang (yang beriman).


Mereka kekal di dalamnya, tidak diringankan azab seksa daripada mereka dan mereka pula tidak diberikan tempoh atau perhatian.


Kecuali orang-orang yang bertaubat sesudah (ingkar) itu, serta memperbaiki keburukan mereka, maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani
."
[Ali Imran:86-89]

Ayuh kita banyakkan membaca, dekatilah majlis-majlis ilmu, carilah sahabat yang boleh mengingatkan, dan banyakkan berfikir dan berzikir. Kata pepatah, Alah bisa tegal biasa. Istiqamah mencari redhaNya.

"Sucikanlah empat perkara dengan empat perkara..Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan, Lidahmu basah dengan berzikir kepada PenciptaMu, Hatimu takut dan gementar kehebatan RabbuMu dan Dosa-dosa yang silam disulami dengan taubat kepada Dzat yang memilikimu"

7 comments:

  1. entri yg baik kak ma :)
    mga sama2 berubh ke arah kebaikn..
    fatwa hati dan syariat jgn sesekali diabaikn..

    ReplyDelete
  2. salam kakma..
    best^__^
    terima kasih kerana mengingatkan..

    ReplyDelete
  3. hurm... semoga anda tidk tergolong dlm golongan yang suke berbicara dn mengata di belakang org...
    dn tidak membuat cerita tentang org lain...
    semoga kita terlepas dri memakan daging busuk diakhirat kelak...

    ~teman~

    ReplyDelete
  4. jkkk ukhti..
    suke yg ni

    "Jangan sampai hati kecil itu merajuk selamanya dan tidak mahu berfungsi lagi. Necrosis jadinya. Bila hati dah keras, manusia makin hilang pertimbangan."

    ade ayat medic..huhu..

    ReplyDelete
  5. salam kakak ^_^. jzkk,suke entri ni.dihe' link blog k.ma ok? rajin k.ma menulis, buat penawar hati2 ini=)

    ReplyDelete
  6. nadia adik k.ma, moscowMay 10, 2009 at 10:59 PM

    salam wrt k.ma.. hebatnya gaya bahasa k.ma..sy ni kdg2 bile tgk entry yg panjang2 esp time tgh2 perierif study mesti malas nk bce or KIV dulu ke...tp entri2 k.ma ni,mcm hanyut plk membacenye.. lepas satu,satu xpuas..alfun mabruk k.ma :)

    fenomena 'bila x biasa jd biasa' mmg slalu sgt berlaku, usah ckp org2 sekeliling kite,malah diri sendiri pun kdg2 mcm tu..pengaruh sekeliling mmg mbawa impak yg sgt besar dlm kehidupan seharian kite esp bile kt oversea ni,jauh drp kawalan mak ayah.bile bende yg tak elok sudah sebati dgn bi'ah tu,org2 yg tidak terpengaruh tu dah jd ibarat kambing hitam..dicerca dan diejek2 sbg 'poyo'.. waiyazubillah, moga Allah mberi petunjuk kpd diri kite dan mereka yg tersasar..amin..

    k.ma..sy nk bukak blog k.ma stp kali ade kesempatan,insyaAllah.jd k.ma rajin2la menulis k ^^ terubat jgk rindu sy pd k.ma..insyaAllah sy try2 tgk buku k.ma tu lps exam nnt k!! wsalam wrt..

    ReplyDelete
  7. assalamualaikum.

    terima ats respon semua.

    @sha: setuju ngan sha, syariat dan fatwa hati memamg gandingan mantap tuk menjaga diri. =)

    @Ahmedkzaman:sebenarnya mmg semua ilmu medik yang kita blaja ada dengan perkara batin. sebarang pathological process adalah menandakn 'sesuatu' yang xkena juga belaku pada badan kita. =)

    @Aizadiha:sila2. hehe..k.m mmg da linkkn blog aiza awal2 lagi. maaf xminta izin. =)

    @nadia:jazakillah. sebenarnya nadia, xde yang hebatnya pun. idea yg keluar dtg dr Allah juga.
    masih byk yg kene blajar dlm dunia blog ni. nadia lagi pakar.. =)

    ReplyDelete