Risalah Kementerian Kesihatan Malaysia menyebut:
Soalan : Adakah terdapat vaksin bagi melindungi manusia daripada jangkitan Selesema Babi?
Jawapan: Tiada.
Vaksin influenza bermusim yang dihasilkan mengikut cadangan Pertubuhan Kesihatan Sedunia tidak mengandungi virus Selesema Babi. Tidak juga diketahui sama ada vaksin bermusim boleh menyediakan perlindungan silang bagi mencegah jangkitan virus Selesema Babi.
Jom kita amalkan doa ini yang diajar oleh Nabi saw, mudah-mudahan ia menjadi VAKSIN terbaik untuk selamat daripada Selesama Babi. Doanya ialah:
Doa Pilihan Pelindung Keluarga
Ajarilah anak-anak kita, diri dan keluarga kita dengan doa yang sohih dari nabi ini iaitu :-
من نَزَلَ مَنْزِلًا ثُمَّ قال أَعُوذُ بِكَلِمَاتِ اللَّهِ التَّامَّاتِ من شَرِّ ما خَلَقَ لم يَضُرَّهُ شَيْءٌ حتى يَرْتَحِلَ من مَنْزِلِهِ ذلك
Ertinya : sesiapa yang keluar dari rumah dan membaca doa " Aku berlindung dengan kalimah Allah yang sempurna dari segala kejahatan makhluk" maka dia tidak dimudaratkan oleh sesuatu apa pun sehinggalah dia kembali ke rumahnya semula." ( Riwayat Muslim, 4/2080)Disebut dalam satu riwayat lain, nabi bersabda :-
فقال رسول الله من أي شيء قال لدغتني عقرب قال رسول الله أما إنك لو قلت حين أمسيت أعوذ بكلمات الله التامات من شر ما خلق لم يضرك إن شاء الله
Ertinya : nabi bertanya : kena apakah kamu ?
Lelaki berkata : aku disengat kala
Nabi berkata : sekiranya engkau membaca pada setiap petang " Aku berlindung dengan kalimah Allah yang sempurna dari segala kejahatan makhluk", nescaya dengan izin Allah kamu tidak akan ditimpa mudarat" ( Riwayat Ibn Hibban, 3/298 )
Lelaki berkata : aku disengat kala
Nabi berkata : sekiranya engkau membaca pada setiap petang " Aku berlindung dengan kalimah Allah yang sempurna dari segala kejahatan makhluk", nescaya dengan izin Allah kamu tidak akan ditimpa mudarat" ( Riwayat Ibn Hibban, 3/298 )
Juga sebuah lagi doa yang mudah dari hadis sohih:-
رَسُولَ اللَّهِ يقول من قال بِسْمِ اللَّهِ الذي لَا يَضُرُّ مع اسْمِهِ شَيْءٌ في الأرض ولا في السَّمَاءِ وهو السَّمِيعُ الْعَلِيمُ ثَلَاثَ مَرَّاتٍ لم تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلَاءٍ حتى يُصْبِحَ وَمَنْ قَالَهَا حين يُصْبِحُ ثَلَاثُ مَرَّاتٍ لم تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلَاءٍ حتى يُمْسِيَ
Ertinya : Rasulullah s.a.w didengari berkata sesiapa yang berdoa: "Dengan nama Allah yang tiada dimudaratkan sesuatu apapun dengan namaNya samada di bumi dan di langit, dan Dialah maha mendengar dan maha mengetahui" sebanyak 3 kali, maka dia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehinggalah subuh esoknya, dan barangsiapa membacanya ketika subuh 3 kali, dia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehingga petangnya" ( Riwayat Abu Daud, 4/323 ; At-Tirmidizi, 5/465 dan Ahmad ; Tirmizi : Hasan -Mudah-mudahan ALlah menyelamatkan kita serta keluarga daripada azab dan segala bala bencana.
** Doa dipetik dari http://yusofembong.blogspot.com/2009/05/doa-pelindungvaksin-daripada-selesama.html
** Doa dipetik dari http://yusofembong.blogspot.com/2009/05/doa-pelindungvaksin-daripada-selesama.html
Salam..... Yupp... Doa je la sebagai senjata kan.. ada orang kan kak.. kata bnde ni takde kaitan pon ngan agama..
ReplyDeletemaybe dia tu free thinker kot... Cina kot tu.. dia kata.. jan melibatkan benda penyakit Influenza H1N1 ni ngan Agama..
Yupp... tu hak dia laa kan nak bagi pendapat.. tapi bagi kita yang beragama ni.. lagi-lagi yang beragama Islam.. Semua ini datangnya dari Tuhan..
mesti ada sebab napa dtgNya benda2 camni.. Allah nak kita manusia ni berfikir.. apa punca benda2 ni berlaku.. n kembali kepada Tuhan.. yang mendatangkannya.. kerana dia sahajalah yang mampu untuk memberhentikannya....
:-)
hihi... panjang laa plak... k kak... gud lUck Exam eh.....
Doakan tuk sy.. n semua..... okayy....
WassalaM....
hm... mmg slalu sj ada goloangan yang akan menafikan kuasa Allah. Tuhan yang boleh mengadakan dan menghilangkn sesuatu dalam sekelip mata.
ReplyDeletekita perlu ambil penagajran dari kisah firaun. bila nyawa sudah dihujung nafas, baru kalut nk mengaku diri tu lemah. sedangkn semasa hayatnya, dialah tuhan yang berkuasa mematikan dan menghidupkan manusia.
"Dan Kami bawakan Bani Israil ke seberang laut merah, lau dikejar oleh Firaun dan tenteranya, dengan tujuan melakukan kezaliman dan pencerobohan, sehingga apabila tenggelam berkatalah dia (pada saat yang genting itu): Aku percaya, bahawa tiada Tuhan melainkan yang dipercayai oleh Bani Israil dan aku adalah dari orang-orang yang berserah diri (menurut perintah)" [yunus 10:90]
Moga Allah campakkan hidayah pada mereka yang masih menganggap bala spt ini sbg lumrah alam. supaya mereka lebih berfikir.
p/s: wish u All da best!!! .