Allahuakbar... Malam ini penulis rasa pening kepala, sebak dada, golovokruzjenie (berpinar), nak menangis; semua ada. Baru sahaja melepasi peperiksaan praktikal untuk subjek Therapy, terus terfikirkan beberapa komitmen lain yang harus diselesaikan dalam masa seminggu ini. Di tambah pula dengan soalan-soalan ujian MCQ untuk subjek Surgery sabtu ini masih belum dibelek, memberatkan lagi beban di kepala.
"sabar.. rancang betul-betul apa perlu dibuat dulu. mesti boleh selesai punya masalah. macam la tak biasa benda ni jadi.." pesan hati pada akal.
"Ok insyaAllah. aku sabar. Minum milo ais dulu la, boleh rilek sikit" jawab si akal.
"haa.. macam tu la bagus. yakin boleh!! eh, dulu cakap tak nak minum ais. takut lembab otak, kenapa hari ni langgar pantang?" soal si hati.
"heheee.. panas la. kepala ni panas sangat. masuk ais, cepat sikit sejuk" katanya akal.
"alaah.. cakap je la tak boleh tahan sabar.. jangan lupa ya. Lepas ni dah tak boleh minum milo lagi. BOIKOT NESTLE, BOIKOT BARANGAN ISRAEL DAN KONCO-KONCONYA!!. itu jihad kecil kita untuk saudara-saudara kita di Palestin..jangan minus ais juga" hati berucap penuh semangat, dan akal mengangguk faham. Tersenyum si akal bila disindir temannya. Begitulah kisah sebenar yang berlaku malam ini. Zahirnya diam, batinnya riuh.
Selepas meneguk milo ais, penulis duduk di meja mengadap komputer. Cuba meredakan rasa sakit kepala dengan mengalirkan takungan beban fikiran melalui papan keyboard. Sambil itu, mendengar koleksi rakaman kuliyah Tuan Guru Menteri Besar Kelantan. Rasanya perlu dikongsi dengan pembaca apa isinya. Memang menarik dan memang kena dengan batang hidung sendiri.
Pesan Imam Al-Ghazali, tiap-tiap pemberian Allah taala tidak boleh sama sekali bersyukur sahaja dengan tidak bersabar. Begitu juga bila Allah turunkan bala tidak boleh kita bersabar sahaja tanpa ada rasa syukur. Kedua-duanya harus dibawa bersama-sama.
Penulis lupa dengan pesanan itu. Tetapi, itulah manusia, termasuk diri penulis sendiri, sabar hanya bila terkena bala. Bila hati rasa sedih mahupun takut, atau bila tidak dapat skor dalam peperiksaan, atau terpaksa makan roti keras kerana stok makanan habis; yang terbit hanyalah 'mesti sabar'. Tiada syukur pun yang terselit.
Begitu juga dengan syukur, hanya ada bila Allah datangkan ni'mat. Bila masa kita sihat, atau dapat bonus, atau apabila hati berasa lega dan gembira kita biasanya diminta untuk banyakkan bersyukur. Tidak terlintas lansung untuk bersabar dengan ni'mat itu.
Apa yang harus dilakukan untuk kita gabung-rangkaikan dua perkara yang berbeza dalam satu masa yang sama? Penulis bawakan contoh mudah.
Bilamana manusia dianugerahkan oleh Allah Taala dengan harta yang banyak, atau ilmu yang luas, atau pangkat kedudukan yang tinggi, maka kita perlu bersyukur. Tetapi harus ingat, nikmat seperti ini jugalah yang membawa kerosakan diatas muka bumi. Menggunakan kelebihan-kelebihan ini untuk mencari kuasa, menipu dan menindas makhluk Allah yang lain. Oleh sebab itu, jika dia bertindak juga mengikut nafsu, ini menandakan orang itu tiada sabar atas godaan harta dan pujukan syaitan.
Pesan Imam Ghazali lagi, manusia yang berakal tidak harus putus asa malah harus berasa gembira dan berterima kasih dengan bala yang menimpa atas sebab lima perkara. Pertama, tiap-tiap bala yang menimpa, Allah boleh datangkan yang lebih berat dari itu. oleh itu, disamping bersabar dengan cubaan itu, bersyukurlah kita kerana Allah tidak letakkan bala yang lebih berat dari itu.
Kedua, bersyukurlah apabila bala itu tidak menjejaskan agama dan aqidah kerana bala jenis itu datang tanpa disedari dan kesannya amat ditakuti bagi mereka yang beriman. Ketiga, bala yang ditimpakan terus didunia adalah sebagai kafarat dosa, maka tidak perlu lagi menunggu balasan diakhirat. Atas sebab itu, kita berpeluang untuk bertaubat dan menghindar dari seksa neraka.
Keempat, setiap anak adam telah tertulis di luh mahfuz akan bala-bala baginya, maka setiap bala yang telah datang akan mengurangkan jumlah bala yang telah ditaqdirkan. Terakhir adalah, seberat-berat bala yang ditimpakan, pahala yang dijanjikan adalah lebih berganda beratnya bagi mereka yang bersabar.
Benarlah pesanan Imam Ghazali itu, setiap perkara yang datang pada kita samada baik atau buruk, kecil atau besar, harus diterima dengan rasa sabar dan syukur.
Penulis merenung pada gelas air yang ada didepan mata. milo ais ini satu ni'mat. Rasa bersyukur kerana sejuknya membantu menghilangkan 'panas' kepala yang menyerang sebentar tadi. Namun selepas ini, kena bersabar dengan godaan ais. Tidak mahu membiasakan diri dengan tabiat minum ais yang memang diketahui kesan buruknya pada tubuh badan.
Begitu juga dengan biskut kering ini. Harus sabar menikmatinya dan harus juga syukur. Sekurang-kurangnya ada juga biskut ini sebagai pelapis perut malam ini. Bagaimana nasib saudara-saudara kita di Palestin, dan dinegara-negara yang untuk mereka tiada lansung bekalan makanan. Tentunya biskut kering inilah ni'mat terbesar pada mereka. Hanya Allah sahajalah yang mampu meringankan penderitaan mereka.
Doa Rasulullah s.a.w "Ya Allah, jangan lah bala ke atas kami itu kena ke atas Ugama kami"
Dari Abu Yahya, yaitu Shuhaib bin Sinan r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Amat mengherankan sekali keadaan orang mu'min itu, sesungguhnya semua keadaannya itu adalah merupakan kebaikan baginya dan kebaikan yang sedemikian itu tidak akan ada lagi seseorangpun melainkan hanya untuk orang mu'min itu belaka, yaitu apabila ia mendapatkan kelapangan hidup, iapun bersyukur-|ah, maka hal itu adalah kebaikan baginya,sedang apabila ia ditimpa oleh kesukaran - yakni yang merupakan bencana - iapun bersabar dan hal inipun adalah merupakan kebaikan baginya." (Riwayat Muslim)
salam wrt k.ma..pengubat rindu betul bce entri2 k.ma..sejukkk hati sy setiap kali bace :) jzkk k.ma..lately jarang sgt singgah di blog2 sbb byk keje lain,tp semenjak2 tau k.ma ade blog ni,rajin plk sy menyinggah huhu..btw saye slalu minum air panas sbb peti sy yg bhgn ais tu penuh dgn dgg ngn ayam,xdek tempat nk buat ais hikhik..~ wslm wrt.
ReplyDeleteTensen blaja tu biasa la.. lumrah dowh...
ReplyDeletebilo tensen gak, kena mikir so jah.. rezeki Allah bagi untuk setiap manusia ada kat mana2.. kalu tak berjaya dalam exam, mungkin ada rezeki lain nyos.. tapi jange buat x lulus pulop.. asal yakin lagu tu gak, insyaallah tekanan tu kuram sikit.. demo pening palo tu sbb mikir nak perfect, tapi apala sangat dengan perfect nyoh..masuk alam kijo, kekadang sikit jah hok blaja digunakan..
semoga kita tergolong sebagai orang yang sentiasa bersyukur ye kak ma...
ReplyDeletesalam....
ReplyDeletek.ma, best sgt bc entry ni
time kasih =P
assalamualaikum.
ReplyDelete>>>>tq nadia =). rs lebih semangat nk menulis. ... menulis sbb nak tanamkn sikap suka membaca (bhn selain akademik). membaca sbb nak kembangkn penulisan.
bagus2. minum air suam2 kuku byk2. =)
>>> tq anonymous ats pesanan. bkn tensen tp penat. sedar dgn lemahnya diri....
xnak salahkn cita2 tuk wat yg perfect sbb kita sbg muslim harus cuba wat yg terbaik dlm sumer bnda.... w'pon kita tahu keupayaan kita terbatas, namun tawakkal pd Allah pasti Allah akn menyempurnakn nya. itu kehebatanNya...
>>>syukran liyana,yana. Alhmdulillah jika ia memberi kesan..
singgah senyum je eh kak Ma... :-)
ReplyDeletetakpe la singgah senym je. menyumbang juga. tp masalah sket la nak faham makna senyum ni. ada orang tak faham pon bleh senyum... =)
ReplyDelete