Sudah lama penulis berfikir mencari-cari bahan untuk post kali ini. Melihat sahaja remaja-remaja dan sahabat-sahabat sekeliling yang kebanyakannya hanyut dibawa arus cinta sebelum kahwin, hati rasa terpanggil untuk mencoret sesuatu. Sekurang-kurangnya menjadi ubat penenang kepada mereka yang selama ini khayal menyusun logo-logo cinta ini. Duduk membaca sejenak, berfikir dan berzikir.
قُلْ إِنْ كُنْتُمْ تُحِبُّونَ اللَّهَ فَاتَّبِعُونِي يُحْبِبْكُمْ اللَّهُ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَحِيمٌ
"Katakanlah- wahai Muhammad, jikalau engkau semua mencintai Allah, maka ikutilah saya, tentu engkau semua dicintai oleh Allah, serta Allah mengampuni dosamu semua dan Allah itu adalah Maha Pengampun lagi Penyayang"
[ali-lmran: 31]
[ali-lmran: 31]
Cinta adalah antara perkara yang paling susah untuk dihuraikan. Tidak perlu di takrifkan apa makna cinta tetapi yang pasti ia terlalu complicated. Cinta itu keutamaannya kepada Allah; Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang serta Rasul kekasihNya. Namun, ia juga harus disalurkan pada makhlukNya yang lain. Sejauhmana ia diaplikasikan dalam hidup, sejauh itulah yang membezakan 'tanggungjawab cinta' dan 'permainan cinta'. Satu yang membawa ke syurga dan satu lagi membawa ke neraka.
Penulis tahu ramai yang seronok apabila berbicara mengenai cinta. Senyuman pasti terukir. Cinta antara dua jantina khususnya. Masakan tidak, cinta fitrah setiap insan, telah dititipkan oleh Allah Taala ke dalam hati hamba-hambaNya sejak azali. Menjadi keperluan dan kehendak. Malah, bila ada sahaja buku atau artikel yang berkaitan dengan CINTA, banyak hati akan tertarik untuk membacanya. Betapa besarnya kuasa cinta.
Cinta boleh hadir dalam semua keadaan, bila-bila masa dan dimana jua. Ketepikan dahulu soal cinta kepada keluarga, guru-guru atau sahabat handai kerana perbincangan kali ini cuba difokuskan hanya pada permainan cinta. Mana mungkin cinta pada mereka ini hanya 'suka-suka' sahaja.
Sekarang ini kita boleh lihat berbagai golongan yang galak bermain cinta. Bermacam-macam cara. Ada yang terang-terangan mengisytiharkan cinta 'suci' mereka, bangga seolah-olah di dunia ini cinta mereka yang paling hebat. Mereka lupa dalam bercinta juga ada undang-undang yang telah ditetapkan oleh Pemilik sebenar cinta.
Ada juga golongan yang sorok-sorok bermain cinta, bimbang menjadi buah mulut jika diketahui orang lain. Hanya sms, messenger atau email yang menjadi wasilah. Mungkin kerana menghidapi syndrom yang sama dengan golongan terdahulu. Lupa ada Tuhan yang melihat setiap perilaku itu.
Minda penulis lebih 'sesak' bila ada dari golongan yang 'tahu agama' terjebak dalam permainan ini. Jika begini halnya, seolah-olah iman itu tidak berhak masuk campur dalam hal cinta. Jika iman itu jenis yang pakai buang, pasti iman itu akan dilucutkan seketika. "Iman, kau duduk kat situ sekejap ye. aku nak bercinta".
Hakikatnya, semua itu adalah permainan. Boleh dicuba-cuba. Jika rasa suka, boleh terus bermain sehingga puas. Jika sebaliknya, boleh tinggalkan sahaja. Apabila sampai satu masa badan akan penat bermain. Pada masa itu, walau sehebat mana pemain itu, pasti mahu bersara. Itulah adab permainan.
Selagi masih ada perasaan untuk bermain-main dengan cinta selagi itulah kita dipermain-mainkan oleh nafsu dan syaitan yang sentiasa mencari peluang untuk membawa manusia jauh dari jalanNya. Menyebabkan cinta yang asalnya suci itu ternoda dan tiada harga nilainya lagi. Jika mahu bahagia, jangan main-main dengan cinta.
Samada sedar atau tidak, di setiap bahu anak cucu Nabi Adam sudah di tugaskan malaikat sebagai polis dan pengawas cinta, melapor setiap amal buat hambaNya. Carilah penasihat cinta yang 'alim, supaya tidak terus bergelumang dengan dosa ini.
Belum terlambat untuk bungkus kembali rasa cinta itu. Balutlah ia dengan balutan cinta suci Si Pencipta Agung. Serahkan kunci ruang hati itu pada Allah. Hanya Dia yang tahu bila dan untuk siapa yang layak. Berdoalah moga cinta yang tersimpan itu tidak lerai sebelum sampai masanya.
وَالَّذِينَ يَقُولُونَ رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَاماً
"Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah oranag-orang) yang berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuria keturunan kami: Perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya dan jadikan kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa."
"Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah oranag-orang) yang berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuria keturunan kami: Perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya dan jadikan kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa."
[Al Furqan:074]
salam,artikel yang menarik telah di hasilkan, moga-moga dapat menyentuh hati sesiapa yang membacanya.
ReplyDeleteartikel ni cukup menarik..teruskan niat suci ma...
ReplyDeleteSalam..
ReplyDeleteMenarik sy dgar entry nyer..sbg insan lemah..sy pnah mengalami zmn kgemilangan n kejatuhan bercinta..tp skrg..sy dah cba memahami ap erti cinta yg sebenar..ianya hanya milik Pencipta yg tiada tandingan..sy benar2 berharap agar sy benar2 mencintai dan dicintai oleh Pemilik diri ini.Jga pada tman2,agar dikurniakan cinta sejati yg abadi..Amin. :>
assalamualaikum. Artikel ini sbg luahan rasa. jika disimpan, hati makin sebak. harap mendapat kredit dariNya walau sedikit.
ReplyDeleteterima kasih atas sokongan. Doakan diri ini ikhlas n dppt istiqamah menyumbang sesuatu kpd islam. ameen
Salam ma.syukran ats artikel yg dtulis.
ReplyDeleteingin jg sekadar berkngc rasa d cn.blh dkatakan ramai rakan seangkatan radhiah yg terjebak dlm permainan cinta.w/pn kami sama2 amik bidang agama d universiti,tap hati cukup sedih melihatkn rakan mnderita akibat cinta..sedih melihat mrk tdk segan silu melakukan maksiat.sedih tu krn mereka mencampakkan diri sendiri dlm dosa.kekadang mari terfikir,agak pelik sungguh..orang yg mendokong agama,background agama,paham agama tap mrk sendiri yg melanggar syariat..spt yg ma kata iman tu cam blh dcabut pula..nk buat dosa,buang kejap..pastu amik balik.ini krn tdk ada penghayatan agama dlm hati.ibaratnya kita belajar just kulit sj tak blajar sampai k isi(just utk tahu n tak amalkn).
bila tak sampai k hati,automatik segala blh buat.bukan lah kata anti dgn cinta,tap kurniaan yg Allah bg tu tdk dgunakan dn dsalurkan dgn landasan yg betul.bila bercinta,Allah tu kita letak kat mana..tanpa d sedari memg kbnyaknnya membelakngkn Allah.sepatutnya kita lebih mencintai Pemberi Cinta drp cinta itu sendiri.pabila Pemberi Cinta kita lebih cintai,nescaya kita pegang 'amanah' iaitu cinta itu dgn baik tanpa d nodai dgn dosa.
serahkn sglanya pd Allah,krn Dia mengetahui apa yg terbaik utk kita.yg pasti bykkn berdoa dn tingktkn kualiti diri sblm memilih utk mencari kualiti pasngn.
maaf ma,pnjg pulak radhiah bkngc pendapat..mg2 kita sentiasa dberi hidayah dn petunjukNYA..amin..=)