الَّذِي أَحَلَّنَا دَارَ الْمُقَامَةِ مِنْ فَضْلِهِ لا يَمَسُّنَا فِيهَا نَصَبٌ وَلا يَمَسُّنَا فِيهَا لُغُوبٌ
"Tuhan telah menempatkan kami ditempat tinggal yang kekal, dengan limpah kurniaNya semata-mata. Kami tidak akan merasa penat lelah di situ dan Kami juga di situ tidak akan merasa letih lesu"
Alangkah beruntungnya mereka yang berjaya masuk dan tinggal di 'Daarul Maqamah'. Telah dijanjikan Allah; tidak akan merasa penat dan tidak lelah. Jika ditawarkan, penulis yakin tiada siapa yang akan menolak. Namun ia bukan semudah yang disangka. Kesenangan itu telah di janjikan kepada hambaNya yang taat, sanggup menghadapi cabaran musuh Allah dan menolak kesenangan dunia.
Allahurabbi ighfirly warhamny.
Allahurabbi ighfirly warhamny.
Penulis agak penat sebenarnya. Bilamana badan dipaksa mengikut kehendak jiwa, jiwa selalu menang. Ia seolah-olah rutin tahunan penulis sejak berada di bumi empat musim ini. Dalam proses mengadaptasikan diri dgn musim panas yang semakin hampir, penulis cuba untuk menahan mata dari lelap sehingga usai fardhu subuh. Bimbang-bimbang ter'subuh gajah', lebih baik penulis jadi 'burung hantu'. Jangka masa yang terlalu singkat antara 'Isya dan subuh adalah suatu cabaran besar bg pelajar-pelajar malaysia di sini.
Tetapi bila membaca ayat ini, semangat baru datang dengan serta merta. Kuasa kalam Allah, siapa yang berani mencabar.
Ruang masa harus di isi. Rasanya, mata dan minda penulis sudah banyak bekerja sepanjang hari semalam. Otak penulis cuba memikirkan sesuatu yang boleh me'rilek'kan. Hati memang teringin menghidang sesuatu yang baru dalam blog ini tapi minda masih kosong. idea 'null'.
Di saat-saat begini, penulis teringat ketika berada di'Taman Ilmu dan Budi' Bandar Indera Mahkota, bersama sahabat-sahabat mengulangkaji pelajaran di KOM sehingga lewat malam dan kadang kala membawa ke pagi. Dan penulis tahu, sahabat-sahabat ini masih dengan tabiaat ini. Mungkin kami jauh terpisah tapi hati-hati kami masih rapat tidak berubah. Indahnya ukhwah yang terbina keranaNya dan penulis amat menghargainya.
Bersahabat biar beribu, bermusuh jangan satu. itu pepatah lama yang harus dipegang. Tetapi tidak berbaloi andai kita bijak mencari sahabat tetapi tidak pandai menghargai sahabat. mungkin secara tidak sedar kita mengundang musuh. Kawan bertukar jadi lawan. Harus beringat!
Di dalam kitab Jundullah Tsaqafatan wa Akhlaqan, Sheikh Said Hawwa ada menyatakan bahawa orang-orang yang saling mencintai dan bersaudara karana Allah harus sentiasa memerhatikan beberapa perkara. Pertama, mahabbatullah itu adalah sebagai cinta kerana Allah Ta'ala, saling mengunjungi kerana Allah dan saling memberi harta kerana Allah.
Kedua, mahabbah kerana Allah itu hanya akan wujud setelah kepentingan peribadi di ketepikan. Allah berfirman : "Demi masa. Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran" [Al'Ashr:1-3]
Ketiga, persaudaraan kerana Allah Azza wajalla tidak akan berlansung lama kecuali jika dilandasi dengan taqwa dan akhlaq."Pada hari itu sahabat-sahabat karib; setengahnya akan menjadi musuh kepada setengahnya yang lain, kecuali orang-orang yang persahabatannya berdasarkan taqwa (iman dan amal soleh)" [Az Zukhruf:67] .
Keempat, persaudaraan kerana Allah dapat berlansung lama hanya dengan menjaga rahsia saudaranya, tidak ghibah serta kamu menunaikan haknya. Daripada Abdullah bin Umar r.a., Nabi saw bersabda: "Sesiapa yang berusaha untuk menunaikan hajat saudaranya, sesungguhnya Allah akan menunaikan hajatnya juga. Sesiapa yang melepaskan satu kesusahan yang menimpa seorang muslim, Allah akan melepaskannya daripada satu kesusahan di hari khiamat. Sesiapa yang menutup keburukan seorang Muslim, Allah akan menutup keburukannya di hari kiamat" [riwayat al-Bukhari dan Muslim]
Betapa besarnya tugas dan sukarnya untuk menjadi sahabat yang sebenar-sebenar sahabat. Penulis melihat, hubungan mahabbah yang ada diantara hati-hati ini memerlukan penelitian yang rapi untuk membuahkan ukhwah seperti yang dianjurkan.
Daripada Abu Musa al-Asy'ari r.a., Nabi saw bersabda: "Orang yang bergaul dengan orang yang soleh dan orang yang bergaul dengan orang yang jahat ibarat orang yang membawa kasturi dan orang yang menghembus alat menyalakan api. Orang yang membawa kasturi, samada ia memberikannya kepada kamu, atau kamu membelinya, atau mendapat bau yang baik. Manakala orang yang meniup alat menyalakan api, sama ada ia akan membakar pakaian kamu atau mendapat bau yang busuk" [Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim]
Penulis sering mengingatkan diri sendiri, dalam bersahabat jangan hanya memandang ke depan. Mahabbah itu akan terzahir dengan sendiri bilamana ada sahabat dibelakang terjatuh atau ketinggalan jauh dibelakang, kita masih sedia menoleh, hadir menghulurkan tangan dan bersama-sama mara ke hadapan. Jadi, penulis kena sentiasa juga pandang belakang!
Pergaulan mempengaruhi didikan otak. Oleh itu, untuk kebersihan jiwa hendaklah bergaul dengan orang-orang beradab dan berbudi mulia yang dapat kita kutip manfaatnya. (Hamka)

yup..treat others as you want others to treat you...:)
ReplyDeleteterima kasih yana ats komen pertama ini.
ReplyDeletetreat others more than urself.
teringt kisah sahabat ms zaman Rasulullah. dlm perang, walaupon sahabat ni luka parah, mereka masih mendahulukn sahabat.
post yg menarik..
ReplyDeletetjuk sja pun dh menarik hati ni membca...
salam ziarah dari ardul kinanah
congrats k ma tuk post yg berunsur tazkirah pasal persahbatan ni..
ReplyDeletekerana mahabbah lillahi taala jgk wat kita saling 'ingat n mengingatkan' diri kita n sahabt2 kita ..=) jazakillah khair...
p/s k ma 'tajuk' post ni mmg interesting..
Betul tu aa. begitulah sepatutnya. kita mesti cuba menjadi sahabat yang 'berfungsi' dalam semua hal. saling memanfaatkan. bukan sekadar teman.
ReplyDeleteterima kasih ats kunjungan. =)