Assalamu’alaikum warahmatullah.
A
Walau apa pun, yang paling utama adalah, selamat bertemu kembali dimadrasah Ramadhan.
Alhamdulillah. Beruntung penulis tahun ini. Sempat menyambut Ramadhan bersama keluarga selama seminggu di Kelantan. Jika tiga tahun sudah penulis terpaksa menahan sebak meraikan Ramadhan jauh diperantauan. Maka, tahun ini penulis ‘pulun’ seminggu itu sehabis mungkin. Buat segala yang terlintas dihati. Lain rasanya bila dapat bertarawikh dan beri’tikaf selama mana yang kita mahu. Namun yang paling istimewa adalah, peluang yang Allah berikan untuk meraikan bulan Ramadhan sekali lagi.
Itulah nikmat.
Di Ambang Fasa Akhir RamadhanBerbalik kepada cerita Ramadhan, sedar tak sedar kita semua sudah berada di pertengahan fasa kedua menghampiri fasa ketiga bulan yang penuh barakah ini. Sejauh mana kita ambil tahu mengenainya, wallahua’lam. Kalian bagaimana? Tepuk dada tanya iman. Penulis hanya mampu menjawab untuk diri sendiri sahaja.
Mari kita sama-sama perhatikan, Ramadhan datang lagi kepada kita. Bermakna, peluang untuk kita merebut pulangan hasil ibadah kita akan digandakan berlipat kali. Peluang meraih keampunan dan segala kurniaan dari Allah Ta’ala juga terbuka luas disetiap detik dibulan Ramadhan. Harap kita tidak lupa.
Syaitan dah digari, memang Allah tidak beri peluang pada syaitan-syaitan untuk mengganggu hamba-hambaNya berbuat kebajikan disepanjang bulan Ramadhan ni. Istimewa! Tinggal nak lawan nafsu dan perasaan kita sahaja. Apa tunggu lagi?
Mari kita lihat pada diri kita, bagaimana mutu ‘dalaman’ dan ‘luaran’ kita. Adakah kita masih sama seperti bulan-bulan sudah? Rugi jika puasa kali ini sekali lagi kita mendapat penat semata-mata sedangkan bulan Ramadhan ini adalah masa yang paling sesuai untuk mentarbiyah diri. Bukankah kita berpuasa itu kerana taatnya kita pada perintah Allah. Kenapa tidak kerana alasan yang sama kita gunakan untuk mengikis kejahilan, kedegilan dan segala macam tabiaat buruk kita? Boleh bukan? Rebutlah peluang ini.
Tiga perkara yang ingin penulis ingatkan. Al-Quran, Tarawikh dan Lailatul Qadr.
Allah muliakan Ramadhan kerana didalamnya Al-Quran diturunkan, maka banyakkan membacanya supaya ia dapat menyucikan diri kita. Syiar dan kekhususan Ramadhan adalah solat terawikh, maka bersemangatlah untuk mengerjakannya dan berusahalah untuk tidak meninggalkannya.
Jaminan Allah, “Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al Qur’an) pada malam kemuliaan. Dan Tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan. Malam itu penuh kesejahteraan sampai terbit fajar”.
[Al Qadr: 1-5]
Ameen.
i like this entry so much....
ReplyDeletebuat muhasabah diri balik setelah melalui Ramadhan lebih dari 10 tahun..