"He he.. tengah study la ni. tengah baca note lecture kat screen computer. nak print semua lecture ni rasa tak berbaloi sebab dah salin masa lecture, cuma nak top-up mana-mana keyword yang missed" mata penulis masih belum beralih dari screen. sekarang ni tinggal lagi 6 hari sebelum bermulanya peperiksaan akhir dan hati penulis makin lama makin berdebar. rasa masih banyak yang belum tahu.
"saya nak tanya awak. awak tak rasa ke apa yang awak dok bagitau orang suruh tu la, ni la, sebenarnya tak ada kesan pun. saya tengok diorang sama je" soalan laju keluar dari mulutnya walaupun matanya juga tetap pada buku ditangan. berbincang sambil study.
erk... "tu la, ni la.. tu apa. hmm apa maksud awak?" walaupun telinga mendengar apa dikata, namun fikiran tak dapat mengagak apa isi pertanyaan kerana minda masih
"Ye la, contohnya masa korang bagi tazkirah waktu Mummy ajak orang, suruh orang berubah, jaga pakaian, jaga pergaulan. kalo orang tu memang dari keluarga yang memang tak jaga semua tu macam mana? mesti la susah
dia mesti rasa malu kalo dalam keluarga dia ada yang tak pakai tudung. bila nak keluar gi jalan-jalan, dia mesti rasa segan. Last-last dia sendiri ter'isolated'. tak gi mana-mana. tak bergaul dengan keluarga dia. mesti dia rasa sebab dia berubah yang buat dia jadi sendirian" penulis beralih pandangan pada teman itu.
"awak rasa camtu ke?" penulis memberi soalan simple untuk mendapat lebih penjelasan.
"sebab tu la saya tanya awak. saya rasa apa yang awak cakap teori semata-mata. awak bagitau kalo nak berubah wat camni..camni..camni. awak tak berada dalam situasi tu senang la cakap, tapi awak tak tahu."
"Hmm... memang la saya dari keluarga yang insyaAllah menjaga... tapi bukan bermakna saya tak alami lansung. saya berada dalam komuniti ini. Saya anggap ini adalah keluarga saya. walaupun mereka berasal dari pelbagai latar belakang keluarga, tapi mereka dah jadi ahli keluarga saya."
"tapi awak memang dah jaga semua tu... tak susah la"
"adakah orang macam saya tak mungkin akan berubah?" penulis mangajak teman itu fikir balik.
"boleh.. tapi saya tengok awak tak berubah pon. masih sama je...."
"ye ke? awak je kot rasa saya tak susah, tak berubah.... sebenarnya saya dah banyak berubah..tapi takpe lah. abaikan dulu pasal saya.. kita sambung balik pasal yang awak kata teori tadi."
"ok. hmm... apa komen awak?"
"sekarang ni awak boleh anggap apa saja pasal ni. nak kata teori ke nak kata tak praktikal ke. terpulang. cuma, bagi saya sendiri saya tak anggap ia sebagai 'teori' dalam berdakwah. saya lebih suka anggap 'ilmu' dalam berdakwah sebab nilai kata 'ilmu' itu lebih saya hargai daripada kata 'teori' yang ‘subject to change’.
Saya sendiri masih belajar dan masih
(gambar hiasan)
Saya sama saja dengan awak. sama-sama pernah belajar disekolah agama. dan sekarang ni sama-sama student medic. Memberitahu ilmu yang sedikit yang kita ada telah meletakkan diri kita sebagai orang yang memberitahu (pendakwah)
Saya rasa saya tahu kenapa awak kata 'teori' tadi sebab awak rasa apa yang diajarkan, yang diberitahu, yang disarankan kesannya tak nampak. tak ada perubahan.” Penulis mengangak.
“Memang pun” soalan penulis dijawab spontan.
“Bagi saya, kesan kepada dakwah tak semestinya dapat dilihat dalam masa terdekat ni. Biarlah orang yang kita bagitahu padanya tentang akhlaq dalam islam (contohnya), selepas 10 tahun baru kesanya dapat dilihat. itu juga tanda benarnya ilmu dakwah dan ilmu islam khususnya.
Hidayah bukan milik kita. sedangkan Rasulullah s.a.w. yang memang syumul sifatnya tu pon tak dapat menarik bapa saudaranya Abu Thalib beriman pada Allah.
So, kita sebagai orang yang memberi tahu, tak bolehlah berputus asa sebab kita dah tahu hidayah tu milik Allah Taala. Yang menggerakkan hati manusia juga Dia. yang penting kita ada usaha untuk terus memberitahu tentang benarnya islam. Kalau nak nilai dakwah melalui berapa banyak kesan yang dah kita buat pada orang yang diberitahu (mad'u). susahlah islam nak bergerak pada kita. berlagak la kita dengan Allah." penulis cuba memberi penjelasan.
"awak mesti sedih bila tadi saya cakap apa yang awak cakap tu teori semata-mata,
penulis tergelak sama. sambil berdoa moga Allah tetapkan hati walaupun tadi ada juga terlintas rasa yang negatif itu.
“Pasal hidayah ni, saya teringat bila seorang ulama' pernah berkata hidayah ni ada dua bentuk. saya tak ingat la detailnya, tapi saya buat kesimpulan; satu gifted dan satu lagi acquired.
Satu, hidayah gifted. Yang ni Allah campakkan terus kepada semua makhluknya sebagai pemudah untuk dia hidup. contohnya, burung tahu untuk terbang dan dari jauh lagi dia dah dapat kesan makanannya. Kita manusia, lahir lahir je kat dunia ni dah reti manangis sebab lapar atau tak selesa. mak kita tak ajar pun kalau lapar kena menangis.”
"hehe..." senyum teman penulis.
"yang kedua adalah acquired. Hidayah untuk mencari jalan lurus menuju Allah. Macam mana nak tuju, Allah kata hah kamu ikut kitab (Al-Quran) yang Aku bagi ni. tak cukup lagi, Aku hantar nabi. ok la.. Contoh bila kita jalan-jalan tengah malam. gelap tak nampak jalan. tiba-tiba ada orang bawa lampu untuk mudahkan kita jalan balik rumah. kalau kita campak lampu tu, memang kita ni tak cardik la. yang di kata aquired tu sebab hidayah tu memang dah ada depan mata, cuma atas kita nak ikut ke tak. nak ambil ke tak. bergantung atas kita. Allah berikan otak untuk berfikir.”
"Hmmm... ye la
"Yup.. betul tu. bergantung pada indivitu tu sendiri. Yang diberitahu pun ya. Yang memberitahu pun ya." penulis mengiyakan.
"Kita masih cetek ilmu. dan masih banyak kekurangan jika nak banding dengan ajaran Rasulullah dan kehendak Allah yang sebenar. bila kita memberitahu, ia adalah latihan, pengajaran dan amaran pada diri sendiri" sambung penulis.
Confused...
"ok. apa pendapat awak mengenai perempuan yang tak pakai tudung. pastu terasa nak pakai tudung tapi dia rasa serba salah dengan family dia yang tak semuanya pakai tudung? camne dia nak wat?" teman penulis bertanya lagi.
"macam yang awak cakap tadi la. semuanya bergantung pada diri sendiri. saya kira masing-masing sudah cukup matang untuk menilai. Kerana imannya pada Allah dan sifat yakin dengan tuntutan syariatNya adalah kekuatan utama yang harus ada, dia harus mulakan perubahan itu. Berubah dari tak pakai kepada pakai itu seolah-olah melompat melepasi satu bentang yang besar. Amat besar signifikannya.
Jika tunggu lampu hijau dari family baru nak berubah, sampai bila kita dapat berubah. Melainkan keluarga tu dapat hidayah dulu. Dia harus mulakan perubahan yang satu itu supaya dengan perubahan yang satu itu menjadi benteng kekuatan untuk menyekat sikap lama dan memupuk nilai mulia yang lain. Minta Allah berikan kekuatan sentiasa.
Selepas itu letakkan syukur dan sabar atas perubahan itu. syukur kerana terpilih mendapat hidayah Allah ini. dan sabar sebab lepas ni banyak dugaan yang akan aku hadapi demi nak jaga pentunjuk dan perubahan yang amat besar ini.
saya memberi andaian ni pada semua yang ingin berubah (apa jua perubahan kearah baik). Saya, awak dan sahabat-sahabat lain yang ingin berubah dan memperbaiki diri. Kita sebagai wanita muslim khususnya, pemakaian adalah perkara yang paling kuat dapat menjaga iman dan akhlaq kita"
"tapi kalau dia dah sedeqah banyak-banyak. tolong orang tiap masa itu
"betul sedeqah baik, tolong orang baik. saya tak nafikan semua tu. cuma kat sini kita bincang pasal camne nak jaga supaya amal baik dapat dibuat berterusan. Jika satu masa kita tak ada duit nak sedeqah, tak ada tenaga nak tolong orang, jawabnya tak adalah amal baik kita.
Walaupun sedeqah juga adalah perkara yang amat dituntut untuk membersihkan iman kita tapi pembuktian kepada amal iman kita juga perlu."
"tapi camne nak wat kalau family dia yang tak boleh terima? atau dia terpaksa dok sorang-sorang sebab dia dah jadi lain dari ahli keluarga dia?" alasan tadi kembali dibangkitkan.
"disinilah yang islam ajar suruh letakkan sabar. Family tak boleh terima itu satu cabaran. jangan letakkan ia sebagai satu arahan yang menyebabkan kita mencampak balik hidayah yang Allah berikan. rugi besar lebih-lebih lagi andai ia berlaku dalam keadaan sedar.
Yang meng'isolate'
"awak cakap senang la" dia seperti tidak berpuas hati.
"Entah la. mungkin saya tak dapat selami betul-betul keadaan orang tu. Tapi ini yang saya alami. Saya buat semua ni dalam keluaga saya yang kat sini. dengan kawan-kawan yang saya anggap macam adik-beradik. Terus amal apa yang perlu. Jika mereka nak terima dan nak berubah sama Alhamdulillah, itu satu kemenangan besar pada mereka. Jika sebaliknya, sekurang-kurangnya ia menjadi kemenangan besar pada diri saya sendiri, dapat belajar untuk terus istiqamah."
"hmm.. saya harap saya boleh pertahankan apa yang telah saya dapat" dia meluah rasa.
“Betul awak tak nampak lansung kesan dari kita berusrah, berkuliyah dan ber'mummy' selama ni? pada diri sendiri pun?" penulis bertanya untuk mendapatkan kepastian. Jika pengisian yang dijalankan selama ini tidak membawa membawa manfaat, sesuatu harus diperbaiki.
“Pada saya ada lah kesannya. Saya rasa syukur berada dengan sahabat-sahabat sini.
“Alhmadulillah” ucap penulis dalam hati. Sekurang-kurangnya ruang masa yang di luangkan oleh mereka yang datang memberi dan menerima untuk program-program itu ada manfaatnya.
Penulis kembali ke meja untuk menyambung ulangkaji. Hati mendoakan moga Allah berikan kekuatan dan permudahkan jalan mereka menujuNya.
“Ya Allah, berikanlah kekuatan pada hati-hati yang ingin rapat padaMu”
رَبَّنَا لاَ تُزِغْ قُلُوْبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً
“(Mereka berdoa): ‘Ya Rabb kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan setelah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan karuniakanlah kepada kami rahmat dari sisi-Mu, karena sesungguhnya Engkau-lah Maha Pemberi (karunia).”
( Ali ‘Imran : 8 )
Salam..
ReplyDeleteTul gak kak... kadang2 apa yang kita cakap kan macam teori je semata-mata.. memang teori pun.. maybe kita kot yang kena gubah ckit cara kita tuk merealitikan teori tu.. orang kata.. cabang dakwah kan banyak.. asalkan ianya masih berada di landasan yang betul.. insyaAllah boleh dicuba..
"Awak cakap senang laa.." ayat yang selalu didengari.. huhu.. Yupp.. banyak maksud kan ayat2 camni.. maybe dia bermaksud..
"yeah.. aku memang nak.. tapi keadaan aku ni sgt2 susah.. "
or "ade tak cara yang lebih senang bagi aku.. supaya orang tak menjauhkan diri dari aku.."
or "ko jawab laa benda yang logik sikit..."
huhu....
orang nak terima or x.. tu terpulang kan.. yang penting kita wat yang terbaik untuk memberi sumting buat kawan kita..
pakcik stephen kata.. seek 1st to understand.. then to be understood..
tapi hebat gak akak leh jawab camtu kt dia eh.. suka cara akak tu.. kalo sy laa.. haha... ade laa yang dah tebakar2 hangus.. hihi....
neway.. gud luck exam k..
Wassalam..
dakwah umpama menuang setitik air di dalam kolam..kesan nya tak akan nampak tapi percayalah air kolam tadi telah bertambah isinya..
ReplyDeletesalam..
ReplyDeletesengaja penulis biarkan kisah ini tanpa ulasan. ia adlh 1 dari byk2 luahan. harap sahabat2 pembaca sudi melontar idea berkongsi pendpt... penulis cuba mnfaatkn pndgn dari mn2 pihak (sbg pemberitahu/yg diberitahu)
to ibn saif: terima kasih ats respon.. kalo dah dpt rasa yg apa kita nk bgtau tu teori, rsnya baik xyah bgtau terus. nnt mad'u penin. bgtau apa yg kita yakin practical... =)
to ithnin's family: itulah yg diharpkn. moga lambat laun air kolam hasil dakwah itu akn melimpah dari hati dan akn terzahir kesannya dgn sendiri.
salam k.ma..best artikel ni^_^ jazakillah, peringatan musim imtihan
ReplyDeleteya betul..dakwah itu satu proses yang thaawil (pjg).. tiada karpet merah. kadang2 kite sendiri tak nampak hasilnya, tapi selalunya orang yang meletakkan dirinya sebagai daei..mmg akan bersabar, mcm k.ma.
Cuma kadang2 orang memang suka menilai hasil kerja dakwah- xnampak hasil, korang telah gagal etc.., dan itu mungkin adalah satu lagi cabaran lebih besar...
yang menetapkan kita di jalan ini..Allah maha mengetahui..yok2! hehe
moga jalan terus~ doakan sy dalam tahajudmu ^_^
wallahualam.maan najah sis
:)
ReplyDeletebetul tuh...huhu
persoalan yg sgt biasa menghantui pemikiran anak2 muda yg mahu berubah...
dan telah dijawab dgn bagus oleh kakma, hihi
uviditelno sis!
-gmex