Friday, June 12, 2009

RINDU TEDUH POHON CELAGI

Alhamdulillah. 1 done, 4 more to go.

Peperiksaan akhir semester untuk subjek Surgery baru sahaja selesai semalam, dan selang lima hari ini dikhususkan untuk ulangkaji
subjek Therapy yang akan berlansung selasa depan.

Sememangya penulis bercadang untuk menghabiskan masa di Bibliateka M.Gorkova, Port Saida. Ia adalah satu-satunya perpustakaan yang penulis anggap paling selesa untuk belajar. Seharian disana memang tidak sia-sia, walaupun kondisinya tidak sehebat library di Malaysia yang biasa dilihat. Tiada air-conditioner, tiada kipas. Hanya angin dari celahan tingkap sebagai penyaman walaupun suhu diluar mencecah 30 darjah celcius. Andai masuk waktu solat, tiada musolla yang disediakan. Hanya sehelai kain sebagai alas dahi dan penghadangnya adalah meja-meja. Wudhu' biasanya dipersiapkan sebelum keluar dari hostel.

Namun penulis lupa, hari Jumaat selalunya ia ditutup. Sekali-lagi malang kerana hari ini juga cuti umum seluruh Rusia bersempena Independence Day. Bermakna bibliateka diGlavni korpus dan Sigmaya Gvardiskaya juga ditutup.

"Hhuuuhh". Tersadar dikerusi sendiri. Hari ini terpaksa bertahan didalam bilik sahaja. Bagaimana hendak memulakan ulangkaji dengan keadaan yang tidak begitu mendorong.

"Hhmmm" penulis masih mencari sokongan.


Dalam Keadaan begini, hati penulis terkenangkan suatu perasaan yang sudah lama tidak dirasai. Amat-amat rindu dengan kondisi itu. Rindu dengan permulaan kepada perjalanan tarbiyah yang jauh ini.

Penulis rindu dengan teduhnya pohon celagi.

Pohon yang paling sinonim dengan Maahad Muhammadi Lilbanat, tempat pertama penulis mengenal erti tarbiyah secara formal. Taman Ilmu, Hikmah dan Tarbiyah. Taman dunia yang penulis rasa penuh barakah Allah.

Sudah hampir tujuh tahun penulis tidak merasainya. Walaupun letaknya ditengah-tengah bandar Kota Bharu Bandaraya Islam, namun bising kota hanya terasa bila kaki melangkah keluar dari pagar Maahad. Sangat tenang dan mendamaikan.


Subhanallah. Penulis sangat sukakan suasana belajar di Maahad. Bangku-bangku berserta meja diletak di bawah setiap pohon celagi. Rendang pohon celagi mengelilingi padang Maahad yang luas. Pondok-pondok ilmu juga ada tapi mungkin nisbahnya dengan pohon-pohon celagi adalah 1:5.

Selalunya, selepas kelas penulis akan duduk dibangku disatu sudut padang Maahad, berhadapan pintu pagar utama. itulah sudut 'favorite' penulis setiap hari. Berteduh dibawah pohon celagi pastinya. Membaca, menghafaz, menyiapkan kerja rumah sehingga jam 6.30 petang kerana waktu itu barulah ayah penulis habis kerja dan datang menjemput.


Dalam redup itulah, penulis telah melihat banyak hasil didikan dan tarbiyah Maahad. Setiap gerak laku dibuat kerana inginkan barakah Allah Taala. Subhanallah.

Jika dipadang, pelajar-pelajar aktif bersukan walaupun pakaian sukan mereka adalah baju kurung, seluar dan tudung labuh. Aurat mereka terjaga. Ada nilai pada mata ini.

Jika dibangku-bangku sebelah, penulis dapat mendengar suara-suara pelajar yang rancak berbual dan berbincang hal-hal akademik, isu semasa, atau agama. itu 'smart circle' yang dibiasakan. Ada nilai pada telinga ini.

Jarang ada golongan yang mahu cakap-cakap kosong duduk berteduh disitu. Malu mungkin.

Angin semulajadi bertiup memberikan kenyamanan tak terkata. Dalam sedar atau tidak, tarbiyah di Maahad hadir setiap detik. Ia datang secara luar biasa.

Penulis sendiri, ditepi padang itulah menjadi tumpuan bersama sahabat-sahabat mengulangkaji pelajaran. Melalui tarbiyah dibawah teduh itu, penulis banyak membina semangat. Pernah berjanji pada diri sendiri, kemana sahaja diri ini Allah campak, mesti cuba untuk tumbuh bangun. Menyumbang diri untuk agama tercinta ini. Pohon-pohon pernah menjadi saksi diam perjalanan hidup ini.

Ditempat itu juga lah penulis banyak berangankan
masa depan. Mungkin usia ketika itu belum benar-benar faham tentang asam garam hidup, namun waktu itulah cita-cita dikuatkan dengan azam. Membina lorong untuk diri sendiri. InsyaAllah.

Betapa penulis rindukan semua itu.

Rindu pada semangat itu.


...2 pemandangan dari tempat 'favorite' penulis...

... rindu juga dengan ukhuwah ini ...

... suasana di Maahad....

3 comments:

  1. Assalamualaikum..

    ermm..tertarik juga saya membayangkan Maahad Muhammadi Lilbanat tempat k.Ma belajar dulu..
    Untuk dibandingkan dengan suasana kita di bumi gersang Volgograd ini..subhanallah, amat jauh beza dan kondisinya.. Mungkin saya mencadangkan satu langkah untuk kita pelajari daripada apa yang telah kita peroleh dahulu..ianya adalah UKHUWWAH. Andai dimana sahaja kita bertapak dimuka bumi ini..selagi ada ukhuwwah yang indah keranaNya, selagi itulah Allah bersama kita, dan selagi itulah 'suasana' itu ada untuk saling ber'tarbiyyah' dan menjalani indahnya ni'mat kemanisan ukhuwwah..

    ~Rindu juga saya pada persahabatan dulu, kerna sahabat2 saya ramai kini di UIA dan saya dapat bayangkan bagaimana kehidupan mereka kini seperti k.Ma gambarkan ttg Maahad Muhammadi Lilbanat..~

    ReplyDelete
  2. sob..sob...;( ..rindu gak pada MMLilbanin!!

    ReplyDelete
  3. waalakumussalam

    to ramdan: betul tu ramdan. biah solehah bukan dicari tapi perlu dicipta.
    pengalaman 3thn di uia jg menyimpan kenangan manis yg berbeza. byk lg yg hendak dikongsi...Alhamdulillah sehingga skrg masih terasa kesan kedua-duanya (MMP n UIA). w'bgmanapun bkn bermakna volgograd ini tiada nilai. k.m amt hargai bumi ini.. gersang yg penuh cabaran dan teladan. mmg xada tempat lain. syukur berpeluang merasai hidup disni.

    to sayamuslim: jgn sedih2. MML masih dijln PC. ^^ balik ni ziarah sekolah. MML mmg menanti kedatangn kamu...

    ReplyDelete