Sunday, February 14, 2010

EKSPIDISI MESIR 3: TELUSURI SIRAH NABI MUSA A.S.

Alhamdulillah. Syukur diatas ruang bernafas dariNya.

Kali ini penulis menyambung lagi catatan kembara penulis, sebagai perkongsian selama punulis berada di bumi Anbia', bumi Kinanah. Selama tiga hari, penulis bersama sahabat-sahabat, diiringi oleh Ustaz Hanif dan Ustaz Syafiq, terus meneroka pula Semenanjung Sinai untuk menyaksikan bukti dari sirah nabi-nabi yang terdapat disana.

25 Januari 2010 (Hari 4)

Seawal jam 4 pagi kami sudah siap untuk meneruskan misi kembara ke Semenanjung Sinai. Perjalanan mengambil masa hampir 8 jam dari Kaherah ini melalui Terowong Ahmad Hamdi. Terowong ini merupakan jalan utama dari Mesir untuk masuk Semenanjung Sinai, diatasnya adalah Terusan Suez.

Melalui terowong Ahmad Hamdi

Gerbang di Terusan Suez

Bekas Tapak Kubu Israel

Melepasi terusan tersebut, kami mengambil peluang untuk singgah di bekas tapak kubu israel. Kubu ini hanya terletak beberapa kilometer dari Terussan Suez. Untuk masuk ke kawasan tersebut, kami dikenakan bayaran LE3.

Sekitar Kubu

Mendengar penerangan daripada pengawal, kelihatan lorong untuk memasuki bilik komandan.

Daripada apa yang ceritakan oleh pengawal disitu, kubu ini dibina oleh tentera-tentera israel yang merancang untuk menyerang Mesir. Mereka berjaya memasuki Sinai melalui terowong bawah tanah.

Syair dalam bahasa hibru

Antara peralatan harian yang digunakan oleh tentera-tentera yahudi --

Pada asalnya kubu ini terselindung dan sulit untuk dikesan kerana ia ditutupi oleh pasir dan batu, diatasnya seumpama padang pasir yang tandus. Namun, pada tahun 1973 kerajaan mesir ketika itu menerima laporan akan wujudnya kubu tersebut. Berkat dari mimpi seorang ulama' juga, seolah-olah Allah ingin mengkhabarkan adanya bahaya dibawah tanah itu.

Seterusnya, untuk mengesan kubu tersebut, tentera Mesir telah menyiram air diseluruh kawasan tersebut lalu terdedahlah segala perancangan rapi itu. Saat itu bermulalah peperangan diantara Mesir dan Israel. Pada 16 Oktober 1973, tentera Mesir memenangi peperangan dan berjaya merampas kubu tersebut.

Dari kanan: Ust. Syafiq, Zulhilmi, Aqeelah, Mahabbah, Amalina, Aini, Masayu, Asiah, penulis,
Ust. Hanif (duduk).

Hadapan salah satu dari kubu pertahanan yang runtuh.

Kubu ini dibina dan dilengkapi dengan pelbagai peralatan perang dan bilik-bilik kebal menyimpan senjata dan tentera-tentera yang siap sedia untuk menyerang. Jika diperhatikan, kubu ini memang kuat struktur binaanya.

Peluru dari meriam ini mampu menembak tepat sejauh 30km

Pintu pagar automatik

Khusyuk !!!

Panorama dari atas bukit

lorong-lorong kecil untuk berlindung

Antara senjata-senjata perang yang dipamerkan

Teleskop ini mampu melihat himgga ke Terusan Suez


Telaga Musa

Kira-kira 20minit perjalanan dari tapak kubu israel, kami singgah pula di satu kawasan yang dikatakan terdapatnya 12 telaga Nabi Musa a.s mewakili setiap kaum. Namun hanya lapan buah telaga yang masih kekal.

Diceritakan bahawa telaga ini digali oleh pengikut-pengikut Nabi Musa yang bersama-sama baginda melarikan diri dari buruan Fir'aun dan melalui belahan Laut Merah.

Telaga Nabi Musa a.s.

Meninjau keadaan didalam telaga

Gerai-gerai cenderahati

Antara barangan yang dijual.

Hamam Fir'aun

Kami meneruskan lagi perjalanan menyelusuri Laut Merah dan persinggahan seterusnya adalah Hamam Fir'aun. Pantai ini merupakan tempat mandi fir'aun. Panorama pantainya sangat cantik namun bau air lautnya yang hanyir agak ketara. Air yang mengalir keluar dari gua ini mengandungi sulfur dan sangat panas.

Laut Merah, kawasan hamam fir'aun

Air panas dari gua yang mengalir ke pantai.

Berhampiran pantai, terdapat satu gua kecil dan dikatakan juga pernah digunakan oleh Fir'aun untuk beristirehat dan mengubat sakitnya. Udara didalam gua kecil ini agak panas (seakan-akan sauna) walaupun diluarnya sangat sejuk.

Menuju ke sauna fir'aun

Keadaan didalan gua

Penorama Laut Merah dari dalam gua.

Maqam Nabi Soleh a.s.

Destinasi seterusnya perkampungan Nabi Saleh a.s. bersama pengikut (dari kaum thamud) yang menerima seruan baginda.

Perkampungan Nabi Saleh a.s.

Maqam Nabi Saleh a.s.

Al-Hawariyyun

Saint Catherine

Setelah hampir seharian perjalanan, kami singgah pekan St. Catherine untuk solat dan mengisi perut kami kelaparan.

Daripada cerita yang disampaikan kepada penulis, Catherine adalah pengikut Nabi Musa a.s. Beliau meninggal dunia ketika bermunajat kepada Allah Taala, lalu dikebumi dikaki Bukit Thursina.

Menara masjid di St. Catherine

Sekitar pekan St. Catherine

Menjamu selera dengan nasi arab dan ayam panggang.

Wadi Al-Muqaddas


Sebelum siang melabuhkan tirainya, kami mengambil peluang mendaki bukit menuju ke satu lembah (Wadi Arba'in) yang mana suatu ketika dahulu bani israel pernah tersesat selama empat puluh tahun kerana engkar pada perintah Allah untuk memasuki Palestin. Peristiwa ini diceritakan didalam Al-Quran:
Allah berfirman: Sesungguhnya negeri itu diharamkan kepada mereka memasukinya selama empat puluh tahun, mereka akan merayau-rayau dengan bingungnya (di sepanjang masa yang tersebut) di padang pasir (Sinai); maka janganlah engkau berdukacita terhadap kaum yang fasik itu.
[Surah Al-Maidah:26]

'Uyun Musa

Pendakian diteruskan menuju ke tempat terdapatnya kesan air mata air ('Uyun Musa). Dari batu itu, pernah mengalir 12 mata air kesan dari ketukan tongkat Nabi Musa. Pada batu itu jelas kelihatan lekuk-lekuk sebagai bukti mukjizat Nabi Musa a.s. sepertimana yang telah diceritakan oleh Allah Taala dalam surah Al-Baqarah ayat 60:
Allah berfirman: Sesungguhnya negeri itu diharamkan kepada mereka memasukinya selama empat puluh tahun, mereka akan merayau-rayau dengan bingungnya (di sepanjang masa yang tersebut) di padang pasir (Sinai); maka janganlah engkau berdukacita terhadap kaum yang fasik itu.


Subhanallah. Walhamdulillah. Wallahu Akbar.

Penerokaan kami pada hari ke empat berakhir disini. Malam itu kami bermalam di CampFox sebagai persiapan mental dan fizikal untuk mendaki Jabal Musa keesokan harinya.

...........bersambung.............

No comments:

Post a Comment