Sunday, February 7, 2010

EKSPIDISI MESIR 1: DI SANA MAHABBAH BERMULA

Alhamdulillah. Syukur kehadrat Illahi yang telah memberikan peluang kepada kami meneroka rahsia-rahsiaNya dimuka bumi ini.

Empat belas hari pengembaraan penulis ke bumi Mesir benar-benar terisi dan semalam ia berakhir dengan seribu satu kenangan. Penulis dan tiga lagi sahabat tidak menjangka akan sampai juga ke bumi ba
rakah itu kerana pada asalnya kami merancang untuk pulang ke tanah air pada cuti musim sejuk tahun ini.

Namun akhirnya, kami menukar rancangan kerana kakak penulis meminta supaya rancangan pulang ke Malaysia ditangguhkan. Jadi, destinasi impian ketika itu adalah Mesir. Sudah lama mengidam untuk ke sana dan berjimat-cermat, ditambah dengan harga tiket yang tengah murah, apa tunggu lagi. Kami teruskan sahaja niat itu.

Sebesar-besar penghargaan kepada Adik penulis dan sahabat-sahabat di Mesir (Ustazah Adibah, Dr. Afifah, Dr. Durrah, Ustaz Rahim, Ustaz Syafiq, Ustaz Ridhwan, Ustaz Farhan) yang membantu penulis merancang dan menjayakan kembara sekitar Kaherah, Sinai, Dahab, Iskandariah, Matruh, Siwah, Dumyat, Port Said, Mansourah, Zaqaziq, Giza dan Fayyoum.

Sememangnya kembara pen
ulis ke Ardhul Kinanah kali ini disandarkan kepada dua sebab utama. Pertama, kerana rindu penulis pada tempat-tempat yang sering disebut-sebut oleh Allah didalam ayat-ayatNya dan Mesir salah satu darinya.

Kedua, kerana rasa rindu penulis terhadap adik penulis yang baru empat bulan menuntut ilmu dibumi itu. Sahabat penulis me
nggelarkan kembara kali ini dengan nama "Jejak Kasih Mawaddah-Mahabbah". Penulis senyum saja.

Volgograd-Moscow

23 Januari 2010 (Hari 1)

Perjalanan penulis menuju ke Moscow bersama dengan tiga lagi sahabat (Masayu, Aqeelah dan Amalina) bermula dengan menaiki keretapi dari Volgograd. Itu pilihan termurah dan paling selesa yang kami rasakan. 18 jam perjalanan.

Gambar: Bersama Slava di atas keretapi menuju ke Moscow.

Moscow-Kaherah

24 Januari 2010 (Hari 2)


Tepat jam 10am, kami tiba di Vo
kzal (Stesyen Keretapi) Moscow. Dari situ, kami menaiki Aeroexpress selama 45 minit menuju ke lapangan terbang Domodedovo.

Jam 5.25pm, kami berlepas ke Kaherah dengan pesawat Egyptair. Perjalanan hanya mengambil masa hampir 4 jam 10 minit.

Setiba di Terminal 3, Cairo International Airport, kami melalui kaunter kastam bagi mendapatkan cop visa memasuki Mesir. Alhamdulillah, urusan disini tidak serumit masuk ke Rusia atau negara eropah sebelum ini
.

Gambar: Melepasi kawalan kastam di Cairo International Airport.

Gambar: Mas dan Aqeelah menunggu bagasi.

Gambar: Senyuman istimewa dari Amalina.

Gambar: Check-list pesanan dan peringatan penting untuk sahabat kembara
sebelum ekpidisi bermula. Niat mesti kerana Allah, jadikan tiap jejak musafir ini sebagai butir-butir ilmu.

Gambar: Bersama adik penulis dan Along Mimi di sekitar Terminal 3 Cairo International Airport.

Malam itu kami kami disambut oleh adik penulis, Ustaz Rahim, Halis, Along Mimi, dan Syairah. Pujian pada Allah yang mengabulkan hajat penulis untuk mengembara ke Mesir dan bertemu adik tercinta tercapai.

Subhanallah, bila melangkah keluar sahaja dari lapangan terbang, aroma bayu dingin malam Kaherah menusuk ke hidung penulis. Sungguh menyenangkan. Terus terlintas dibenak penulis, "sebelum ni aku impikan untuk belajar dibumi Mesir, tapi tidak kesampaian dan malam ini Ya Allah engkau sampaikan juga hajat aku untuk jejakkan kaki aku ke bumi barakah ini. Alhamdulillah Syukur Ya Rabb". Gembira.

Dari jauh, kelihatan Tramco (van pelancong) sudah menanti kedatangan kami. Dingin malam itu sekitar 15
°C. Alhamdulillah 'panas'nya amat dinanti-nantikan berbanding dingin Moscow sewaktu kami tinggalkan (-29°C).

Sementara menunggu ketibaan Zul dan Syazwan (Pokwe) di terminal 1, kami mengambil peluang untuk bergambar sekitar lapangan terbang. Belum sampai 10 keping, kami diarahkan oleh pihak polis yang meronda sekitar lepangan terbang supaya berhenti dari bergambar.

Gambar: Jejak kasih bermula.

Gambar: Sekitar Terminal 1 Cairo International Airport.

Itu peraturan pertama yang diingatkan kepada kami, jangan mengambil gambar sesuka hati lebih-lebih lagi dikawasan kawalan pihak polis. Mesir masih dengan undang-undang darurat. Pernah timbul kes pelajar Malaysia di tangkap kerana mengambil gambar dikawasan-kawasan larangan.

Malam pertama kami bermalam di Wisma Darul Ridzuan (Rumah Perak 2) di Sabi'. Susah untuk melelapkan mata kerana keadaan dirumah itu terlalu sejuk. Disini tiada pemanas!

Ketika ini, penulis teringat cerita kakak sulung penulis yang pernah menitiskan air mata kerana tidak mampu menahan kesejukan. Waktu itu beliau belajar di Iskandariah. Dihati penulis hanya mampu mendoakan kekuatan kepada mereka yang berjuang menuntut ilmu dibumi anbia' ini.


Sebelum terlena, doa dipanjatkan semoga Allah permudahkan kembara kami di hari-hari seterusnya.

...... Bersambung ......

2 comments:

  1. dlm rmi2 tu yg mane satu ye akak.hehe..ooye akak bila nk habis blajar ye

    ReplyDelete
  2. hmm.. tak boleh agak ek?



    akak pakai tudung kaler biru kot kt situ..

    ReplyDelete