Showing posts with label Diari Hidup. Show all posts
Showing posts with label Diari Hidup. Show all posts

Thursday, January 27, 2011

CUTI-CUTI RUSIA



Masjid Qol Sheriff, Kazan. (Credit to Aina Aziz)

Kazan mode punya pasal, tak menjadi semua benda.

Satu entri pun tak dapat disiapkan. Kononnya berazam untuk 'cair'kan kembali otak yang beku gara-gara winter (Stenosis?). Sindrom pasca-peperiksaan memang 'power'!.

Semalam bersemangat menulis. Rasa macam idea mencurah-curah untuk menulis entri berkenaan isu semasa tanah air dan juga tanah bekas komunis ini.

Berita pengeboman di Lapangan Terbang Antarabangsa Domodedovo Mosko, mendebarkan dada. Di awal cuti musim sejuk ini, ramai orang akan keluar dari Rusia yang sangat sejuk ketika ini. Minta Allah jauhkan kami dari bala itu. Saya mengejar mati syahid. Amin Ya Rabb.

Suasana politik di Malaysia pula menyesakkan dada. PRK Dun Tenang bakal berlansung 30 Januari ini, dan selepas ini PRK Merlimau pula akan menyusul. Di Tenang sudah tidak tenang. Bingit dengan isu-isu yang 'busuk' dan reaksi-reaksi melucukan terutamanya bila melihat perangai pemimpin-pemimpin peringkat 'datuk' (baca: BN) ni. Kolot betul pemikiran!

Semoga Allah memberi kemenangan kepada Parti Islam. Baik menang, baik kalah, semuanya dalam pertimbangan Allah Taala.

Saya KIV menulis entri yang 'serius' tu sebab ilmu saya tidak luas. Serius!

Ok, tukar tajuk.

Peruntukan masa satu jam untuk entri baru sebagai denda kerana tidak menyiapkan zadacha (kerja rumah) di atas. Aduh!

Kebangkitan Ummat

Macam-macam hal yang berlaku dalam dunia sekarang ni. Namun yang terbaru, saya sangat terkejut dan kagum dengan berita mengenai kebangkitan rakyat di Tunisia dan Jazirah Arab. Terima kasih kepada sahabat maya saya, Akh Hisyam Ahmad, yang telah 'menduga' saya dengan isu ini.

Saya agak 'ketinggalan keretapi' dalam isu ini. Namun saya ingin juga mengucapkan syabas diatas keberanian mereka menentang regim-regim zalim, diktator, rasuah dan tidak demokratik itu.

Allahuakbar!

Siapa pun akan marah jika ditindas. Kata demokrasi, tetapi kebebasan suara dan hak asasi rakyat disekat.
(Macam sama dengan Malaysia, tapi kenapa rakyat tidak sedar?).

Muhasabah untuk diri sendiri.

Jelajah Kazan



Kremlyovskaya Metro, Kazan. (Credit to Aina Aziz)

Tinggal lagi 8 jam sebelum berangkat ke Kazan (utara Russia). Orang ramai keluar menuju ke tempat yang lebih suam, tapi kami pergi ke tempat yang lebih sejuk. Senyum sahaja la jika ditanya kenapa. Bawa baju tebal-tebal. Full stop.

Perjalanan keretapi yang mengambil masa 24 jam. Mesti bosan.

Nak buat apa? Study? Err... Ok, Man and Boy tulisan Tony Parson sedang menanti untuk dihabis baca dalam selang masa sepanjang percutian. Sudah berkurun pinjam.

Sudah cukup satu jam.
Barang belum kemas satu pun lagi. Baca balik entri sebelum dipost. Apa moral entri kali ni?

Ah! Lepak sudah...

"Tidakkah mereka perhatikan, bagaimana Allah memulai ciptaan kemudian mengulanginya? Sesungguhnya yang demikian itu mudah saja bagi Allah. Katakanlah:'Berjalanlah di muka bumi dan perhatikanlah, bagaimana Allah memulai ciptaan, kemudian Ia mengulangi penciptaan itu sekali lagi. Sesungguhnya Tuhan Berkuasa atas segala sesuatu."
(Ar-Ankabut 29:19-20)
Doakan perjalanan kami selamat. Hanya Allah tempat kami berlindung.

Kazan, here we come!

Thursday, March 11, 2010

JIHAD KASIH

Bismillahirahmanirrahim.

Ucap penulis ketika seorang ibu muda mula meneran. Dia menjerit kuat. Kali ketiga meneran, hasilnya mula kelihatan.



Subhanallah.

Semulia-mulia ucapan keluar dari bibir penulis saat melihat ubun-ubun bayi mula kelihatan dari vagina si ibu.

Ibu itu terus meneran dan meneran lagi sambil menahan sakit kerana contraction pada stage 2 delivery adalah yang paling kuat. Sekali-sekala dia berhenti seketika bagi mengumpul tenaga, dan terus cuba meneran lagi. Mukanya kelihatan pucat dan lesu, bibir kering, dan kadang-kala menjerit kerana menahan kesakitan. Segalanya harus dilakukan sendiri. Doktor dan midwife hanya mampu memberikan sokongan dengan kata-kata semangat, sambil menunggu bayi keluar.



Sedikit demi sedikit kepala bayi keluar. Bila keseluruhan kepala berjaya keluar, si ibu terus mengumpul tenaga meneran lagi untuk melepaskan bahagian bahu bayinya. Sekali-lagi dia menjerit bagi mengumpul kekuatan.

Apabila bahu bayi berjaya keluar, maka seluruh badannya akan keluar tanpa halangan. Penulis hampir mengeluarkan air mata bila melihat bayi keluar berperingkat-peringkat. Terus terbayang wajah ibu mengalami kesakitan saat melahirkan diri ini. Betapa susahnya ibu. Ia adalah pertarungan antara hidup dan mati.

Air ketuban juga memancut keluar mengiringi bayi. Doktor terus menyambut, mengelap cacair yang menyaluti bayi, dan seterusnya memotong tali pusat. Bayi itu diletakkan diatas dada ibunya untuk dibelai dan disusukan. Si ibu senyum hingga mengalir air mata, tergambar kebahagiaan dan kepuasan. Seolah-olah lupa bahawa dia pernah meraung-raung menanggung sakit.

Sambil itu, doktor menunggu placenta atau uri keluar dari rahim (stage 3), seterusnya mengenalpasti bahagian-bahagian yang terkoyak. Bahagian vagina mungkin terkoyak secara semulajadi atau artificial (episiotomy) untuk membesarkan laluan peranakan. Jika ada, proses menjahit dilakukan. Walaupun bius telah disuntik, si ibu tetap terasa pedihnya.

Satu proses yang sangat lama. Hampir 30 minit.

Pengalaman

Alhamdulillah.

Kes tadi adalah yang keempat sepanjang penulis berada di bilik bersalin di Kirovsky Maternity House. Bermula dari jam 9 malam semalam sehingga jam 11 pagi tadi.

Daripada pengalaman semalaman berada di situ, penulis berpeluang melihat sendiri bagaimana suatu proses bersalin terjadi. Mula dari dilatation of the cervix (stage 1), descent and delivery of the fetus (stage 2), sehinggalah placental separation (stage 3).



Apabila ibu telah mengalami stage 1, mereka akan ditahan di wad bersalin. Ia mungkin beberapa hari sebelum bersalin. Biasanya umur kandungan adalah setelah mencapai 38 minggu dan keatas. Penulis sempat melakukan Bimanual vaginal examination keatas dua orang ibu untuk mengukur bukaan cervix mereka.

Biasanya ibu-ibu akan diberi hormon oxytocin untuk induce proses bersalin dan mengurangkan komplikasi. Jika dilation sudah mencapai 5 sentimeter, si ibu akan di bawa ke dewan bersalin.

Ketika inilah penulis diminta untuk menenangkan si ibu kerana contraction akan datang setiap 5 ke 7 minit. Ada yang menjerit-jerit kerana sakit dan minta diberi suntikan (epidural), dan ada yang menggengam tangan penulis dengan kuatnya. Dari sini penulis dapat merasakan betapa dahsyatnya sakit yang ditanggung. Ada juga yang cuba bangun dan berjalan untuk mengurangkan rasa sakit. Sebaiknya ketika ini si ibu berehat dikatil, dan sekali-sekala menukar kedudukan. Tempoh ini mungkin berlanjutan selama beberapa jam ke 30 minit.

Setelah dilation sudah mencapai 8 ke 10 sentimeter, barulah si ibu di bawa ke meja bersalin. Ini bermakna ia sudah masuk ke stage 2 di mana contraction adalah paling kerap dan paling kuat; biasanya selama 60 hingga 90 saat, selang 2 ke 3 minit, sehinggalah bayi dilahirkan.

Begitulah satu-satu proses bersalin berjalan. Begitu susah dan memerlukan pengorbanan yang amat besar. Penulis beristighfar.

Syahadah

Apabila bayi beralih ke tangan midwife, dia segera dibawa ke meja persediaan bayi untuk menjalani beberapa prosidur perlu seperti mengukur panjang, lilit dada dan kepala, berat, kumpulan darah, Apgar assessment, suntikan vaksin dan banyak lagi.

Apabila prosidur selesai, bayi itu diletakkan dikatil bayi. Ketika ini penulis dan sahabat mengambil peluang membisikkan azan ke telinga bayi. Pada penulis, bayi itu suci dari dari segala dosa. Biar siapa pun ibubapa mereka, kalimah syahadah adalah didikan asas dan teragung untuk seorang hamba mengenal Allah Penciptanya.

Harapan penulis, moga suatu masa nanti dia diberi hidayah.

Pengorbanan tanpa syarat



Pengorbanan seorang ibu bukan hanya ketika menahan sakit saat bersalin tetapi bermula sejak bayi bertumbuh di dalam rahimnya. Selama lebih sembilan bulan ibu dengan tabahnya menahan berat dan alah, menunggu kehadiran cahaya mata lahir ke dunia.

Tidak berakhir disitu, pengorbanan itu berterusan biarpun anak-anak sudah dewasa dan punya hidup sendiri.

Besarnya pengorbanan ibu.

Tetapi, sejauh mana seorang anak menghargai pengorbanan itu?

Mari kita nilai balik dimana duduknya ibu kita dalam hati kita.

Jika pernah ada derhaka, segeralah mohon keampunan.

Doakan juga kebahagiaannya.

Moga Allah memelihara hidup hamba-hambaNya yang berbuat baik pada kedua ibubapa mereka.

Sunday, February 14, 2010

EKSPIDISI MESIR 3: TELUSURI SIRAH NABI MUSA A.S.

Alhamdulillah. Syukur diatas ruang bernafas dariNya.

Kali ini penulis menyambung lagi catatan kembara penulis, sebagai perkongsian selama punulis berada di bumi Anbia', bumi Kinanah. Selama tiga hari, penulis bersama sahabat-sahabat, diiringi oleh Ustaz Hanif dan Ustaz Syafiq, terus meneroka pula Semenanjung Sinai untuk menyaksikan bukti dari sirah nabi-nabi yang terdapat disana.

25 Januari 2010 (Hari 4)

Seawal jam 4 pagi kami sudah siap untuk meneruskan misi kembara ke Semenanjung Sinai. Perjalanan mengambil masa hampir 8 jam dari Kaherah ini melalui Terowong Ahmad Hamdi. Terowong ini merupakan jalan utama dari Mesir untuk masuk Semenanjung Sinai, diatasnya adalah Terusan Suez.

Melalui terowong Ahmad Hamdi

Gerbang di Terusan Suez

Bekas Tapak Kubu Israel

Melepasi terusan tersebut, kami mengambil peluang untuk singgah di bekas tapak kubu israel. Kubu ini hanya terletak beberapa kilometer dari Terussan Suez. Untuk masuk ke kawasan tersebut, kami dikenakan bayaran LE3.

Sekitar Kubu

Mendengar penerangan daripada pengawal, kelihatan lorong untuk memasuki bilik komandan.

Daripada apa yang ceritakan oleh pengawal disitu, kubu ini dibina oleh tentera-tentera israel yang merancang untuk menyerang Mesir. Mereka berjaya memasuki Sinai melalui terowong bawah tanah.

Syair dalam bahasa hibru

Antara peralatan harian yang digunakan oleh tentera-tentera yahudi --

Pada asalnya kubu ini terselindung dan sulit untuk dikesan kerana ia ditutupi oleh pasir dan batu, diatasnya seumpama padang pasir yang tandus. Namun, pada tahun 1973 kerajaan mesir ketika itu menerima laporan akan wujudnya kubu tersebut. Berkat dari mimpi seorang ulama' juga, seolah-olah Allah ingin mengkhabarkan adanya bahaya dibawah tanah itu.

Seterusnya, untuk mengesan kubu tersebut, tentera Mesir telah menyiram air diseluruh kawasan tersebut lalu terdedahlah segala perancangan rapi itu. Saat itu bermulalah peperangan diantara Mesir dan Israel. Pada 16 Oktober 1973, tentera Mesir memenangi peperangan dan berjaya merampas kubu tersebut.

Dari kanan: Ust. Syafiq, Zulhilmi, Aqeelah, Mahabbah, Amalina, Aini, Masayu, Asiah, penulis,
Ust. Hanif (duduk).

Hadapan salah satu dari kubu pertahanan yang runtuh.

Kubu ini dibina dan dilengkapi dengan pelbagai peralatan perang dan bilik-bilik kebal menyimpan senjata dan tentera-tentera yang siap sedia untuk menyerang. Jika diperhatikan, kubu ini memang kuat struktur binaanya.

Peluru dari meriam ini mampu menembak tepat sejauh 30km

Pintu pagar automatik

Khusyuk !!!

Panorama dari atas bukit

lorong-lorong kecil untuk berlindung

Antara senjata-senjata perang yang dipamerkan

Teleskop ini mampu melihat himgga ke Terusan Suez


Telaga Musa

Kira-kira 20minit perjalanan dari tapak kubu israel, kami singgah pula di satu kawasan yang dikatakan terdapatnya 12 telaga Nabi Musa a.s mewakili setiap kaum. Namun hanya lapan buah telaga yang masih kekal.

Diceritakan bahawa telaga ini digali oleh pengikut-pengikut Nabi Musa yang bersama-sama baginda melarikan diri dari buruan Fir'aun dan melalui belahan Laut Merah.

Telaga Nabi Musa a.s.

Meninjau keadaan didalam telaga

Gerai-gerai cenderahati

Antara barangan yang dijual.

Hamam Fir'aun

Kami meneruskan lagi perjalanan menyelusuri Laut Merah dan persinggahan seterusnya adalah Hamam Fir'aun. Pantai ini merupakan tempat mandi fir'aun. Panorama pantainya sangat cantik namun bau air lautnya yang hanyir agak ketara. Air yang mengalir keluar dari gua ini mengandungi sulfur dan sangat panas.

Laut Merah, kawasan hamam fir'aun

Air panas dari gua yang mengalir ke pantai.

Berhampiran pantai, terdapat satu gua kecil dan dikatakan juga pernah digunakan oleh Fir'aun untuk beristirehat dan mengubat sakitnya. Udara didalam gua kecil ini agak panas (seakan-akan sauna) walaupun diluarnya sangat sejuk.

Menuju ke sauna fir'aun

Keadaan didalan gua

Penorama Laut Merah dari dalam gua.

Maqam Nabi Soleh a.s.

Destinasi seterusnya perkampungan Nabi Saleh a.s. bersama pengikut (dari kaum thamud) yang menerima seruan baginda.

Perkampungan Nabi Saleh a.s.

Maqam Nabi Saleh a.s.

Al-Hawariyyun

Saint Catherine

Setelah hampir seharian perjalanan, kami singgah pekan St. Catherine untuk solat dan mengisi perut kami kelaparan.

Daripada cerita yang disampaikan kepada penulis, Catherine adalah pengikut Nabi Musa a.s. Beliau meninggal dunia ketika bermunajat kepada Allah Taala, lalu dikebumi dikaki Bukit Thursina.

Menara masjid di St. Catherine

Sekitar pekan St. Catherine

Menjamu selera dengan nasi arab dan ayam panggang.

Wadi Al-Muqaddas


Sebelum siang melabuhkan tirainya, kami mengambil peluang mendaki bukit menuju ke satu lembah (Wadi Arba'in) yang mana suatu ketika dahulu bani israel pernah tersesat selama empat puluh tahun kerana engkar pada perintah Allah untuk memasuki Palestin. Peristiwa ini diceritakan didalam Al-Quran:
Allah berfirman: Sesungguhnya negeri itu diharamkan kepada mereka memasukinya selama empat puluh tahun, mereka akan merayau-rayau dengan bingungnya (di sepanjang masa yang tersebut) di padang pasir (Sinai); maka janganlah engkau berdukacita terhadap kaum yang fasik itu.
[Surah Al-Maidah:26]

'Uyun Musa

Pendakian diteruskan menuju ke tempat terdapatnya kesan air mata air ('Uyun Musa). Dari batu itu, pernah mengalir 12 mata air kesan dari ketukan tongkat Nabi Musa. Pada batu itu jelas kelihatan lekuk-lekuk sebagai bukti mukjizat Nabi Musa a.s. sepertimana yang telah diceritakan oleh Allah Taala dalam surah Al-Baqarah ayat 60:
Allah berfirman: Sesungguhnya negeri itu diharamkan kepada mereka memasukinya selama empat puluh tahun, mereka akan merayau-rayau dengan bingungnya (di sepanjang masa yang tersebut) di padang pasir (Sinai); maka janganlah engkau berdukacita terhadap kaum yang fasik itu.


Subhanallah. Walhamdulillah. Wallahu Akbar.

Penerokaan kami pada hari ke empat berakhir disini. Malam itu kami bermalam di CampFox sebagai persiapan mental dan fizikal untuk mendaki Jabal Musa keesokan harinya.

...........bersambung.............

Friday, February 12, 2010

EKSPIDISI MESIR 2: KENALI MEREKA

Kaherah - Jaulah Maqam Aulia'

24 Januari 2010 (Hari 3)

Dihadapan Wisma Darul Ridzuan, tempat penginapan kami di Sabi'.

Seawal jam 8 pagi, Tramco yang akan membawa kami melawat sekitar Kaherah sudah sedia menanti dihadapan Wisma Perak.

Seperti yang dijadualkan, kami dibawa menziarahi maqam-maqam sahabat Rasulullah s.a.w, wali-wali dan ulamak-ulamak yang terdapat disekitar bandar Kaherah. Misi jaulah kami hari ini dipandu oleh Ust Suhaimi, dan dibantu oleh Ustaz Rahim dan Ustaz Syafiq.


1. Masjid Sultan Qaitbay

Masjid Sultan Qaitbay, terbaru.

Masjid ini adalah destinasi pertama ziarah kami. Ia terletak di Gamee Qaytbay Street, Jazirah Raudhah. Walaupun sudah kelihatan sangat lama, namun seni bina islam masjid ini masih terpelihara, unik dan menarik.

Oleh kerana ketika ini kerja-kerja penyelenggaran sedang dijalankan, kami tidak berpeluang untuk masuk ke dalamnya. Hanya bahagian pintu masuk yang menjadi bahan latar kami bergambar.

Bergambar kenangan dihadapan pintu masuk utama masjid.

Daripada penjelasan ustaz Suhaimi, masjid ini dibina pada kurun ke-15 oleh Sultan Asyraf Abu Nasr Qaitbay. Dikatakan juga, didalamnya terdapat bekas tapak kaki Rasulullah s.a.w.

Gambar Masjid Sultan Qaitbay yang dicetak pada wang kertas LE1.

2. Maqam Imam Syatibi

Imam ilmu Qiraat.

3. Maqam Sheikh Muhammad ibn Ibrahim ibn Zaki

Sheikh Muhammad ibn Ibrahim ibn Zaki atau dikenali juga sebagai Zakiyy Ad-Din Abu Al-Barakat, merupakan seorang ahli hadith, ahli sufi dan juga ahli sarjana terkenal Al-Azhar. Garis keturunan Imam Al-Husain bin Ali bin Abi Talib r.a.

Sekitar Maqam Sheikh Muhammad ibn Ibrahim Zaki.

Kitab Al-Khitob karangan al-Marhum berserta gambar beliau,
tanda ingatan yang dihadiahkan kepada penulis.

Sebelum pulang, kami dijamu Syai oleh penjaga masjid.

4. Maqam Sheikh Abdullah Al-Syarqawiy

Sheikhul islam yang juga salah seorang dari ulama' as-Syafii'ah.

Dihadapan pintu masuk Masjid Sheikh Abdullah Al-Syarqawiy.

Potret Al-Marhum Sheikh Abdullah Al-Syarqawiy.

Maqam Sheikh Abdullah Al-Syarqawiy

5. Maqam Sheikh Soleh Al-Jaafari r.a.

Sheikh Soleh Al-Jaafari merupakan seorang wali, imam dan juga ulama' besar di Masjid Al-Azhar. Beliau juga dari keturunan Imam Al-Husain bin `Ali bin Abi Talib r.a.

Maqam Sheikh Soleh Jafari r.a.

Antara barangan peribadi tinggalan beliau.

6. Maqam Sayed Abu Muhammad Abdullah Jamaluddin ibn Hisyam

Sayyid Ibn Hisyam adalah ulama' terkenal dalam ilmu Nahu dan Lughatul Arabiah.

Khusyuk mendengar ulasan riwayat hidup al-Marhum dari Ustaz Suhaimi.

Al-Fatihah untuk al-Marhum.

Bahagian luar maqam
7. Kota Kaherah Lama

Berhadapan dengan Masjid Ibn Hisyam, kita dapat melihat tembok Kota Lama Kaherah yang mana merupakan bandar asal Kaherah.

Berlatar belakangkan tembok lama kota Kaherah.

8. Masjid Sultan Hanafi

Dihadapan pintu masuk masjid

Masayu dan Aini dihadapan Maqam Sultan Hanafi

Susur galur keturunan Sultan Hanafi.

'Air Zam-zam Mesir' merupakan telaga yang digali oleh menantu Sultan Hanafi
selepas mendapat arahan dari baginda.


Amalina dan Aqeelah disekitar ruang solat masjid.

9. Maqam Sayyidah Ruqayyah r.a.

Sayyidah Ruqayyah merupakan anak kepada Imam Ali r.a.

Masjid Sayyidah Ruqayyah. Dibelakang kami adalah maqam beliau.

10. Maqam Sayyidah Zaynab binti Ali bin Abu Talib r.a.

Dihadapan Masjid Sayyidah Zainab r.a.

11. Masjid Sayyidah Nafisah r.a

Sayyidah Nafisah ialah salah seorang dari keturunan Rasulullah s.a.w. Beliau ketika hayatnya adalah seorang yang sangat zuhud dan kuat beribadat. Dikatakan, beliau hidup sezaman dengan Imam as-Syafie dan beliau pernah meriwayatkan hadith dari sayyidah Nafisah.

Bahagian hadapan masjid.

Zulhilmi dan Syazwan diperkarangan masjid.

Maqam Sayyidah Nafisah r.a.

Penulis dan Amalina diruang solat muslimat.

12. Masjid Amru Al-As

Masjid ini merupakan masjid pertama dan tertua (serta dikatakan masjid terbesar) yang dibenua Afrika oleh sahabat Rasulullah s.a.w, Amru ibn Al-Aas r.a. Beliau menakluk kota mesir pada tahun 21H. Ia dibina diatas tapak asalnya.








Tiang asal masjid yang berukir ayat-ayat Al-Quran masih dikekalkan.

Dihadapan pintu utama masjid

13. Maqam Ibnu Sirin

Pengarang kitab Tafsirul Ahlam (Tafsir Mimpi)



Menyelusuri perjalanan ke maqam 'Uqbah ibn Amir r.a., maqam Serikandi Rabiatul Adawiyah, dan Maqam Sheikh Al-Hafiz Ibnu Hajar Al-Asqalani.




14. Maqam 'Uqbah ibn Amir r.a.

Salah seorang sahabat Rasulullah s.a.w yang bersama-sama Saidina Amru ibn Al-Aas r.a. ketika menakluk kota Mesir.
Maqam 'Uqbah ibn Amir r.a.

Hajarul Aswad, hadiah pemberian Rasulullah kepada 'Uqbah.

15. Maqam Serikandi Rabiatul Adawiyah r.a.


16. Maqam Sheikh Al-Hafiz Ibnu Hajar Al-Asqalani


Beliau merupakan pengarang Kitab Fathul Bari, yang mensyarahkan banyak Sahih Bukhari.

Perkarangan maqam.

17. Maqam Imam Asy-Syafie

Dihadapan Masjid Al-Imam As-Syafie

Disamping maqam Al-Imam As-Syafie.

Kesan ini dikatakan kesan tapak kaki Rasulullah yang terdapat didalam masjid ini.

Menyentuh kesan tapak kaki Rasulullah s.a.w.


..........bersambung...........