Saturday, December 31, 2011

JURNAL BARU MAWADDAH

Assalamualaikum warahmatullah

Saya mulakan tahun ini dengan fikiran yang amat positif. Positif yang hidup saya keseluruhannya akan bertambah baik bilamana saya buang sahaja tabiat buruk saya sekarang ini, dan menyusun sebaiknya masa yang diberi (baca: dipinjam) oleh Allah s.w.t.

Produktif.

Energetik.

Apa yang penting sekarang ini adalah berusaha kearah itu. Matlamat utama saya satu sahaja, iaitu redha Allah. Jadi biarlah tindak tanduk saya selepas ini berdasarkan ilmu yang benar menuju kearah itu.

Ya Allah, Engkau yang mengawali aku.


Esok akan memasuki tahun baru Masihi 2012 yang mana saya sendiri tidak tahu bagaimana perjalanannya.

Yang saya tahu, masa lepas saya telah berlalu. Ia telah menjadi sejarah yang bermakna untuk diri saya. Masa lalu itu adalah ilmu tentang kehidupan yang akan saya manfaatkan sebaiknya.

Yang saya tahu, hidup ini ruang untuk mencipta 'nasib' diakhirat esok.

Bismillahirrahmanirrahim. Tawakkaltu 'alallah.

Go Mawaddah Go More!

Tuesday, September 27, 2011

RUPA KITA 'DI SANA'

Alhamdulillah.

Hingga saat ini nadi masih berdenyut. 

Cerita hidup kita hari ini sudah dicatat dalam buku pencatitNya yang dua itu (siapa lagi kalau bukan Raqib dan Atib), begitu juga hari-hari yang sudah.

Kata Imam Ghazali, hidup kita di dunia adalah bayangan kehidupan kita di akhirat.

Jadi bagaimana? 


Sudah ada 'klu' untuk bayangan rupa kita 'disana'?
Tepuk dada tanya iman. 

Semoga cebisan hidayah yang ada sekarang dimanfaatkan sebaiknya.


وَلا تَزِرُ وَازِرَةٌ وِزْرَ أُخْرَى وَإِنْ تَدْعُ مُثْقَلَةٌ إِلَى حِمْلِهَا لا يُحْمَلْ مِنْهُ شَيْءٌ وَلَوْ كَانَ ذَا قُرْبَى إِنَّمَا تُنْذِرُ الَّذِينَ يَخْشَوْنَ رَبَّهُمْ بِالْغَيْبِ وَأَقَامُوا الصَّلاةَ وَمَنْ تَزَكَّى فَإِنَّمَا يَتَزَكَّى لِنَفْسِهِ وَإِلَى اللَّهِ الْمَصِيرُ
 Dan orang yang berdosa tidak akan memikul dosa orang lain. Dan jika seseorang yang berat dosanya memanggil (orang lain) untuk memikul dosanya itu tiadalah akan dipikulkan untuknya sedikit pun meskipun (yang dipanggilnya itu) kaum kerabatnya. Sesungguhnya yang dapat kamu beri peringatan hanya orang-orang yang takut kepada azab Tuhannya (sekalipun) mereka tidak melihat-Nya dan mereka mendirikan sembahyang. Dan barang siapa yang menyucikan dirinya, sesungguhnya ia menyucikan diri untuk  kebaikan dirinya sendiri. Dan kepada Allah-lah kembali (mu).
(Surah Fathir 35:18)


Sebaik-baik ucapan adalah dari Kitabullah, dan sebaik-baik petunjuk adalah petunjuk Muhammad Rasulullah juga.

Jom! 'Enjoy' hidup dengan cara-Nya...!

Memang berbaloi!

Friday, March 11, 2011

NAIK LAGI


"Devushka, Isyo chetiri rublya (..empat rubel lagi)", pinta pemandu masyrut.

"Err.. Ya vam daala dvatsat ruble za simnatsat proez (saya dah beri kamu dua puluh rubel untuk tambang tujuh belas rubel) ", saya menjawab tergagap-gagap.

"Kuda ti? Na Rakasovskava? (kamu nak ke mana? Rakasovskava?)"

"Da... (Ya...)"

"Nu kak?... Dvatsat chetiri ruble... (habis bagaimana? dua puluh empat rubel...)" beliau menekan suara.

"Da! ". Saya tercengang.

Adoi... Tambang masyrut naik lagi. Duit mengalir semacam air paip. Semalam harga tambang masyrut no. 40 masih tujuh belas rubel, hari ini dah naik tujuh rubel. Cekik darah betul!

Thursday, January 27, 2011

CUTI-CUTI RUSIA



Masjid Qol Sheriff, Kazan. (Credit to Aina Aziz)

Kazan mode punya pasal, tak menjadi semua benda.

Satu entri pun tak dapat disiapkan. Kononnya berazam untuk 'cair'kan kembali otak yang beku gara-gara winter (Stenosis?). Sindrom pasca-peperiksaan memang 'power'!.

Semalam bersemangat menulis. Rasa macam idea mencurah-curah untuk menulis entri berkenaan isu semasa tanah air dan juga tanah bekas komunis ini.

Berita pengeboman di Lapangan Terbang Antarabangsa Domodedovo Mosko, mendebarkan dada. Di awal cuti musim sejuk ini, ramai orang akan keluar dari Rusia yang sangat sejuk ketika ini. Minta Allah jauhkan kami dari bala itu. Saya mengejar mati syahid. Amin Ya Rabb.

Suasana politik di Malaysia pula menyesakkan dada. PRK Dun Tenang bakal berlansung 30 Januari ini, dan selepas ini PRK Merlimau pula akan menyusul. Di Tenang sudah tidak tenang. Bingit dengan isu-isu yang 'busuk' dan reaksi-reaksi melucukan terutamanya bila melihat perangai pemimpin-pemimpin peringkat 'datuk' (baca: BN) ni. Kolot betul pemikiran!

Semoga Allah memberi kemenangan kepada Parti Islam. Baik menang, baik kalah, semuanya dalam pertimbangan Allah Taala.

Saya KIV menulis entri yang 'serius' tu sebab ilmu saya tidak luas. Serius!

Ok, tukar tajuk.

Peruntukan masa satu jam untuk entri baru sebagai denda kerana tidak menyiapkan zadacha (kerja rumah) di atas. Aduh!

Kebangkitan Ummat

Macam-macam hal yang berlaku dalam dunia sekarang ni. Namun yang terbaru, saya sangat terkejut dan kagum dengan berita mengenai kebangkitan rakyat di Tunisia dan Jazirah Arab. Terima kasih kepada sahabat maya saya, Akh Hisyam Ahmad, yang telah 'menduga' saya dengan isu ini.

Saya agak 'ketinggalan keretapi' dalam isu ini. Namun saya ingin juga mengucapkan syabas diatas keberanian mereka menentang regim-regim zalim, diktator, rasuah dan tidak demokratik itu.

Allahuakbar!

Siapa pun akan marah jika ditindas. Kata demokrasi, tetapi kebebasan suara dan hak asasi rakyat disekat.
(Macam sama dengan Malaysia, tapi kenapa rakyat tidak sedar?).

Muhasabah untuk diri sendiri.

Jelajah Kazan



Kremlyovskaya Metro, Kazan. (Credit to Aina Aziz)

Tinggal lagi 8 jam sebelum berangkat ke Kazan (utara Russia). Orang ramai keluar menuju ke tempat yang lebih suam, tapi kami pergi ke tempat yang lebih sejuk. Senyum sahaja la jika ditanya kenapa. Bawa baju tebal-tebal. Full stop.

Perjalanan keretapi yang mengambil masa 24 jam. Mesti bosan.

Nak buat apa? Study? Err... Ok, Man and Boy tulisan Tony Parson sedang menanti untuk dihabis baca dalam selang masa sepanjang percutian. Sudah berkurun pinjam.

Sudah cukup satu jam.
Barang belum kemas satu pun lagi. Baca balik entri sebelum dipost. Apa moral entri kali ni?

Ah! Lepak sudah...

"Tidakkah mereka perhatikan, bagaimana Allah memulai ciptaan kemudian mengulanginya? Sesungguhnya yang demikian itu mudah saja bagi Allah. Katakanlah:'Berjalanlah di muka bumi dan perhatikanlah, bagaimana Allah memulai ciptaan, kemudian Ia mengulangi penciptaan itu sekali lagi. Sesungguhnya Tuhan Berkuasa atas segala sesuatu."
(Ar-Ankabut 29:19-20)
Doakan perjalanan kami selamat. Hanya Allah tempat kami berlindung.

Kazan, here we come!