"Izvinite..." (maaf..) balas penulis beralas sambil mengalihkan beg dari bahu ke lengan.
"Ya Allah, sabarkan aku dengan nenek yang bengis ini. Dia dah tua, maafkan saja.." bisik hati penulis. Mood penulis sedikit terganggu.
Dalam keadaan berdiri dan berhimpit-himpit didalam bas, penulis mencari ruang untuk meletak beg yang maha berat ini. Memikulnya sahaja sudah senget bahu, mustahil mahu menjinjit dilengan dalam jangka yang lama. Boleh patah lengan.
"Devushka, daite pazjaluista sumku. Tizjoli da?" (beri beg kamu. Berat kan?) pinta seorang wanita yang duduk dibelakang nenek tadi tiba-tiba. Mungkin dia sedar akan peristiwa tadi dan perasan dengan kesulitan penulis.
"Da nyet. Narmalna. Spasiba" (eh tak, biasa saja. Terima kasih).
"Shto nyet? Lazjite suda.." (apa yang tak? letak disini..) desak wanita itu lagi sambil menepuk-nepuk pehanya. Dia obses, jadi penulis harus akur, nanti lain pula yang difikirnya.
"Spasiba..." penulis berbasi dengan senyuman.
"Alhamdulillah, Engkau ringankan bebanku hari ini...". Mood penulis kembali baik.
Kondisi yang memenatkan. Penat bukan kerana beg yang digalas, tetapi penat kerana melihat sikap dan mendengar bahasa yang kasar serta tidak beralas. Sakit hati. Mood pun boleh swing.
Bahasa Akal vs Bahasa Hati
Bahasa secara literalnya bermaksud ungkapan perkataan. Dengan kata lain, bahasa adalah komponen terpenting dalam sistem komunikasi. Akal biasanya memproses apa yang ingin disampaikan, manakala hati memproses cara dan kaedah untuk menyampaikan.
Sedaya-upaya penulis cuba berhati-hati dalam menyusun kata supaya tidak menyinggung perasaan mana-mana pihak, samada ketika bercakap formal, sembang-sembang, mahupun ketika gurau senda. Kata yang keluar adalah selepas difikirkan konsikuensinya. Jadi, penulis juga mengharapkan kata-kata yang tidak menyinggung hati ini.
Hati penulis jenis yang sensitif? Mungkin...
Yang sebenar, fitrah semua manusia sememangnya menginginkan yang demikian. Manusia dicipta berserta akal dan hati. Akal ada logik yang akan menilai dan memahami kata-kata. Serentak itu hati akan terus memainkan peranannya. Kedua-duanya berfungsi dalam diri yang berkata-kata dan juga yang mendengar.
Bahasa akal hanya diterima untuk di 'buat atau tidak', tetapi bahasa hati meletakkan arahan kepada 'mahu atau tidak'.Jika ia suatu arahan, maka harus dilaksanakan. Stimulasi kepada kualiti perlaksanaan, adalah emosi yang dimainkan oleh hati.
Apabila menghadapi kedua-duanya, maka bahasa yang diguna biarlah yang memberi harapan, bukannya mengembalikan kejian kepada diri sendiri.
Contoh bahasa akal; "Awak, saya lapar! sediakan makanan!" kata si suami kepada isterinya. Si isteri bangun dengan mulut yang muncung menuju ke dapur. Ktung ktang ktung ktang. Suami buka saji, lauk ikan kering dengan nasi dingin semalam dihidang.
Manakala contoh bahasa hati;"Sayang, abang lapar la. Tolong sediakan makanan..." kata si suami kepada isterinya. Si isteri terus bangun dengan senyuman menuju ke dapur. Ktung..... ktang..... suami duduk, nasi putih lauk daging merah terhidang, bau harum menyelerakan.
Anda nampak perbezaan antara dua susunan bahasa itu? hasilnya dimana? Bahasa akal atau bahasa hati yang lebih memuaskan diri?
Berbahasa Tanda Beragama
Lihat bagaimana Allah S.W.T mengajar tatatertib berbahasa.
Dalam Surah Al-Isra' ayat 23, Allah memberikan contoh yang jelas bagaimana beradab dengan ibubapa dan juga orang yang lebih tua;
"Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapamu dengan sebaik-baiknya. jika salah seorang di antara keduanya atau Kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, Maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya Perkataan "Uh!" dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka Perkataan yang mulia."Bagaimana menjaga adab dalam bermasyarakat?Islam sangat menitik-beratkan soal bahasa sebagai asas kepada kedamaian. Cemuh-mencemuh, gelar-menggelar tidak harus ada dalam kamus hidup seorang mu'min. Dalam Surah Al-Hujurat, ayat 11 yang bermaksud:
“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah dia beriman dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim”.Panggilan nama yang sarat dengan kasih sayang, jarang sekali digunakan sekarang ini. Lihat bagaimana Allah memaparkan kisah bagaimana Nabi Allah Ibrahim memanggil anaknya Nabi Ismail A.S. dengan "Ya Bunayya" (Wahai anakku sayang), begitu juga kisah Luqmanul Hakim yang memulakan kata nasihat kepada anak-anaknya, juga dengan Ya Bunayya. Kesan nasihat beliau masuk ke hati dan kekal diingatan anak yang mendengar. Baginda Rasulullah s.a.w. sendiri memanggil Siti A'isyah r.a. dengan nama Humaira (Si Merah-kemerahan).
Bahasa Baik
Selama hampir lima tahun penulis menetap di bumi bekas komunis ini, banyak sekali nilai yang penulis pelajari. Walaupun sikap dan intonasi suara penduduk tempatan kedengaran agak kasar, namun bahasa yang sering diguna adalah sangat menyenangkan hati dan penuh hormat.
Mereka bukan sahaja senang menuturkan kata sdrazvite (salam sejahtera), spasiba (terima kasih), dan izvinite (maaf), malah setiap permintaan pasti akan disertai dengan pazjaluista (tolong/silakan). Jika ada sahaja antara kami yang bersin, ucapan budte zdarovi (semoga sembuh) sudah tentu mengiringi.
Setiap kali pusing wad bersama pensyarah-pensyarah, penulis perhati mereka ini akan sentiasa mengakhiri pertemuan dengan pesakit dengan ucapan vizdaravlivaete (semoga cepat sembuh).
Penulis malah senang bila berbicara dengan mereka, mereka gemar memanggil kami dengan panggilan manja seperti maya haroshaya (anakku yang baik), maya doragaya (sayangku), milaya maya (si manis), tsontse mayo (cahayaku) dan banyak lagi.
Justeru, bilamana mendengar bahasa-bahasa yang baik ini dibudayakan dinegara yang bukan mengamalkan islam, penulis berfikir, bukankah hal ini yang sering diajar oleh islam? kenapa orang kita yang sudah sedia asalnya islam tidak ramai yang yang membudayakannya?
Mari sama-sama kita fikirkan.
The words you choose to say something are just
as important as the decision to speak.
Salam... ya devushka, coretan yang best...
ReplyDeletespasiba spasiba... hehe
spasiba....hehe..
ReplyDeletepengerusi_amal & cuiya: salam. spasibo.. baarakallahu lakum.
ReplyDeleteThank you for for sharing so great thing to usadvertising | advertisement | advertising agencies in Karachi
ReplyDelete