Wednesday, March 31, 2010

JANGAN TAKUT SAHABATKU!


Keadaan selepas letupan di stesyen metro di Moscow.

Kelmarin, kami dikejutkan dengan berita dua pengeboman keretapi metro di Moscow. Kejadian itu berlaku sekitar jam 8 pagi, ketika orang ramai sedang bersesak-sesak memulakan aktiviti harian.

39 orang awam mati, dan beberapa orang lagi
yang dilaporkan cedera. Tiga orang pelajar Malaysia turut terlibat dalam kejadian itu.

Hari ini, berlaku satu lagi letupan bom di Moscow. 12 orang terbunuh.

Berita-berita ini membuatkan hati penulis ber'dubdab-dubdab'.

Ibu ayah, saudara-mara, dan teman-teman di Malaysia banyak menghantar pesanan ringkas menanyakan khabar kami di sini.

Alhamdulillah kami disini selamat. Volgograd masih aman.

Petang tadi pula, guru bahasa penulis mengkhabarkan, pihak polis telah mengesahkan bahawa pengebom-pengebom berani mati itu adalah dikalangan wanita. Katanya, mereka telah di'brain wash' oleh pejuang Chechen untuk berkorban atas nama jihad dan mati syahid. Pengorbanan ini adalah cara mudah untuk masuk ke syurga.

Ada riak skeptik pada wajahnya. Penulis tidak dapat mengulas panjang. Pelbagai persoalan juga bermain dibenak ini ketika itu.

Betulkah pengorbanan sebegitu dianjurkan dalam islam? Jika di Palestin, ia memang satu jihad yang besar. Syahid. Tetapi bagaimana pula hukumnya jika di Russia? Disini tiada perang. Sasaran mereka adalah orang awam. Alasan mereka adalah sebagai desakan keatas Presiden Russia supaya membebaskan negara itu dari gagasan besar Russia, dan menjadi satu negara islam yang merdeka.

Penulis benar-benar perlukan penjelasan. Jika ada dikalangan sahabat pembaca ingin berkongsi pendapat, penulis amat alu-alukan.

Islam itu Selamat

Adakan islam ini ditegak diatas mata pedang? Mestikah ada peperangan dalam menegakkan daulah islamiyyah?

Tidak. Penulis sangat pasti akan hal itu. Peperangan bukanlah satu-satunya cara, tetapi ia salah satu cara, dan ia pilihan terakhir.

Bila Allah katakan;

وَمَا أَرْسَلْنَاكَ إِلا رَحْمَةً لِلْعَالَمِينَ

Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam.

Rahmat Allah disini, menunjukkan fungsi Rasulullah adalah untuk membawa mesej keamanan. Kasih Allah ini tertumpah kepada siapa? Muslim sahajakah? Tidak.

Rahmatan lil 'alamin. Rahmat ini adalah untuk seluruh manusia (yang beriman atau tidak) dan segala makhluk yang ada di alam ini.

Didalam membunuh haiwan pun ada adabnya, bagaimana mungkin membunuh manusia boleh sewenang-wenangnya?

Fitnah ini harus dibersihkan.

Berbalik kepada kejadian pengeboman tersebut, sememangnya ia memberi impak besar terhadap umat islam. Orang-orang islam (yang muslimat khususnya) sekarang ini seolah-olah dipulau, diherdik, dan ada yang diancam.

Mereka bukan islam. Mereka tidak kenal islam. Mungkin mereka takut. Mungkin mereka tidak tahu.

Apa yang kita mampu lakukan untuk mengatasinya?

Kita perlu selesaikan.

Biarkan Akhlaq menjawab

Mari kita teliti sirah Nabi Muhammad s.a.w., walaupun ajaran baginda memakan masa selama 23 tahun, namun tumpuan utamanya adalah Akhlaq, sedangkan banyak lagi perkara lain yang baginda ajarkan. Yang paling penting adalah bab 'Aqidah, selepasnya bab 'ibadah, bab rumahtangga, bab ekonomi, dan banyak lagi.

Tetapi mengapa seolah-olah akhlaq juga yang ditekankan?

Kata Rasulullah s.a.w., "Sesungguhnya aku diutuskan adalah untuk menyempurkan akhlaq".

Kerana apa? Apa pentingnya akhlaq?

Kerana sifat manusia yang suka melihat dan meniru. Sahabat-sahabat melihat keelokan akhlaq Rasulullah, lalu mereka tiru. Mereka berasa selamat. Rasulullah menjadi Uswah hasanah (contoh yang baik).

Apabila Rasulullah mangkat, akhlaq para sahabat ditiru oleh generasi seterusnya. Semuanya adalah kerana sifat selamat yang dibawa melalui akhlaq itu.

Justeru, biarlah orang melihat kita kerana akhlaq yang ada pada kita. Akhlaq kita dengan teman seislam dan bukan islam, akhlaq kita dengan jiran, dan sekalipun dengan binatang. Akhlaq yang kita tiru dari Nabi Muhammad. Menjadikan kita sebagai uswah mereka. Menyebabkan mereka tertarik dengan islam.

Biar mereka tahu, akhlak kita itulah islam yang sebenarnya dibawa Nabi Muhammad s.a.w.

Biar berubah persepsi mereka. Islam itu tidak ganas. ISLAM ITU PENYELAMAT.

Jadi sahabatku, jangan takut untuk terus menyarung jersi muslim.

Teruskan berbangga dengan imanmu.

Semoga Allah melindungi hambaNya yang taat.

4 comments:

  1. assalamualaikum
    k.ma,jazakillah for this post. betul, jangan takut sarungkan jersi muslim... tawakkal alallah..

    semoga kita istiqamah dalam amalan sehingga Allah menghilangkan rasa takut dan sedih dalam hati kita, iAllah

    ReplyDelete
  2. waalaikumussalam he'... baarakallahu lak.. kita sama-sama n saling ingat-mengingatkan ye. InsyaAllah..

    kita harapkn hati terus tegar.. Allah itu sntiasa dekat..

    ReplyDelete
  3. Salam...

    Isu ini sentiasa menjadi fitnah yang besar kepada umat Islam, moga-moga minoriti muslim termasuk mahasiswa/i Malaysiadi sana lebih kuat dan tabah dalam menyarung pakaian Islam yang serba indah buat selamanya ini serta bersedia dengan hujah dan penerangan yang baik kepada non-muslim agar mereka memahami Islam dalam konteks yang benar.

    Saya mencadangkan agar saudari Nik merujuk tulisan Dr. Muhammad Afifi al-Akiti (Felow Of Islamic Study Oxford University, juga merupakan rakyat Malaysia yang menjadi lecturer di Oxford) yang banyak menjelaskan perkara ini dan juga banyak berdepan dengan non-muslim barat dalam menjelaskan isu pengebom berani mati ni. nampaknya lebih realistik penrangannya sebab beliau tinggal dalam lingkungan masyarakat barat. Boleh Rujuk link ini :

    1) http://www.warda.info/fatwa.pdf
    2)http://www.livingislam.org/maa/dcmm_e.html



    Wassalam.
    Wafi

    ReplyDelete
  4. Salam

    Syukran jazilan atas perkongsian. Sememang isu sebegini selalu timbul dan menjadi semakin hangat apabila keganasan yang berlaku melibatkan orang-orang islam.

    insyaAllah jika berkesempatan, saya akan cuba 'korek' isi yang ada dalam artikel tersebut.. Moga Allah beri peluang masa..

    ReplyDelete