"Memanglah. Aku yang masak. Mestilah sedap!" jawab Esah dengan bangga.
"Ya lah. Aku tau... Hang dok ulang-ulang... by age of 22, mesti tau masak semua benda. Persediaan jadi isteri solehah la konon. Hang belajar dari mana ni? Aku tak pernah rasa lagi kerutuk daging yang hang masak. Meh aku rasa. Aku kan pengkritik rasa nombor satu" Minah 'menambah gula'.
"Aku ambil resepi dari Mak Nab tukang masak tersohor tu. Aku tau hang pun suka rasa kerutuk dia. Aku ikut satu persatu apa yang diajar. Tapi aku rasa ada yang tak kena lah dangan kerutuk ni. Rasa macam pahit. Aku dah letak gula, santan, tapi masih rasa pelik. Ummp tu tak ada.. Hang cuba rasa." Esah menyuakan senduk kepada Minah. Mengeluh.
"Wwweekk..!! Pahit. Hangus ni. Kerak dah tebal kot..." Minah meluah kiritikan.
"Heh?! Hangus ke? tak ada bau pun. Patutlah. Aku malas nak kacau sampai bawah. Panas..." jawab Esah jujur. Berkerut dahinya.
Silap Esah cuma biarkan kerak. Kesian.
Kerak fitrahnya menebal
Kerak, jika dibiar makin menebal. Memang lumrah kejadian kerak. Jika tidak mahu kerak mempengaruhi rasa masakan , segera kikis. Jangan biar ia mendap didasar periuk lama-lama. Silap-silap, dengan satu periuk semua sekali masuk longkang. Sia-sia.
Selain dalam periuk, agak-agak dimana lagi kerak suka membiak?
Fikir-fikir lagi.
"Saya nak jadi baik. Dan saya rasa berubah. Saya sudah taubat. Sudah mohon doa. Saya sudah tinggal perangai lama sepenuhnya, cara hidup lama. Alhamdulillah saya berjaya. Tapi sampai situ saja lah. Hati masih belum tenang. Seolah-olah saya rasa memang dah ditaqdirkan untuk berubah setakat itu. Tidak mampu lebih baik dari sekarang."
Pengakuan jujur beberapa kenalan. Mengadu dengan nasib diri.
"Kalau dah berjaya berubah, sepatutnya rasa tenang. Cuba banyakkan lagi amalan kebajikan. Solat sunat, sedaqah, baca buku-buku agama, datang majlis ilmu, cari kawan yang baik-baik. Mungkin boleh tenangkan lagi." penulis memberi saranan. Sifir membersih jiwa.
"Sudah. Dah cuba buat semua tu. Istiqamah lagi la".
"Pasti dah tinggal cara hidup lama sepenuhnya? Agak-agak, masih ada lagi tak dosa yang berbaki? Dalam hati, masih ada lagi tak perasaan sayang nak tinggal dosa yang 'sikit-sikit tu'?" penulis cuba mencari punca.
"Ada kot..." jawapan pendek tetapi menjawab pokok persoalan.
Ia itulah Kerak Hati.
Hati itu dasar peribadi
Lagi-lagi berkaitan hati. Kenapa ya?
Sabda Rasulullah S.A.W;
"Sesungguhnya dalam diri manusia itu ada seketul daging. Jika daging itu baik, maka baiklah seluruh anggota badannya tetapi seandainya daging itu rosak dan kotor, maka kotor dan rosaklah seluruh anggota badannya. Daging yang dimaksudkan ini adalah hati."
(Riwayat Bukhari dan Muslim daripada Nu'man bin Basyir)
Jiwa tidak akan berkembang malah akan mundur apabila dicampur adukkan yang hak dan yang batil. Biarpun yang batil itu hanya habuk-habuk kecil.Jika secara fisiologinya hati adalah organ penting untuk me-nyah-toksik darah dalam badan. Maka begitu juga hati secara rohaninya. Hati yang berkerak tidak mampu menghasilkan peribadi soleh.
Hindar dominasi nafsu
Memang mengikis dosa bukan senang. Bukan boleh dicampak mudah ke laut. Ia semacam 'pelesit' yang bila dibuang, bila masa kita lapang ia datang lagi.
Tetapi ia boleh dihindar. Ia bergantung kepada apa yang kita letak pada hati itu. Jika ia didominasi oleh element keimanan, hati mudah sembuh. Ia kaedah mengikis kerak di hati, InsyaAllah. Namun, jika hati didominasi elemen hipokrisi, ia membawa kemunduran pada hati.
Justeru, kita pilih samada untuk menghindar dosa, atau terus biarkan berkerak dihati.
Kesian pada jiwa.
Kata seorang cendiakawan cina, Meng Zi, “Tiada cara yang lebih baik untuk memupuk hati melainkan bersungguh-sungguh mengurangkan kehendak nafsu kebendaan.”
Ala bizikrillahi tatmainnal qulub
Hindar dominasi nafsu
Memang mengikis dosa bukan senang. Bukan boleh dicampak mudah ke laut. Ia semacam 'pelesit' yang bila dibuang, bila masa kita lapang ia datang lagi.
Tetapi ia boleh dihindar. Ia bergantung kepada apa yang kita letak pada hati itu. Jika ia didominasi oleh element keimanan, hati mudah sembuh. Ia kaedah mengikis kerak di hati, InsyaAllah. Namun, jika hati didominasi elemen hipokrisi, ia membawa kemunduran pada hati.
Justeru, kita pilih samada untuk menghindar dosa, atau terus biarkan berkerak dihati.
Kesian pada jiwa.
Kata seorang cendiakawan cina, Meng Zi, “Tiada cara yang lebih baik untuk memupuk hati melainkan bersungguh-sungguh mengurangkan kehendak nafsu kebendaan.”
Ala bizikrillahi tatmainnal qulub
Sedangkan pasir-pasir halus melekat ditapak kaki pun kita sudah tidak betah berjalan, inikan pula dihati. Kesannya kita boleh rasa.
Penulis yakin ia boleh dirasa, kerana yang bertanya sudah pasti tau akan dosanya. Cuma tinggal mahu kikis atau tidak kerak itu.
Jangan lupa, kerak hati itu dosa. Ada dua tika melepaskan dosa; di dunia atau di akhirat.
Di dunia, ketenangan hati diperoleh setelah dosa dibersih dengan taubat kepada Allah dan azam untuk terus meninggalkannya. Manakala diakhirat, dosa dibersih melalui seksaan neraka sebelum dimasukkan ke syurga idaman.
Kalian pilih mahu cara mana. Resolusi ada pada kalian.
Ayuh, timbangkan dengan iman. Mari bertaruh atas namaNya.
"Dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan yang keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah, dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengatahui (akan salahnya dan akibatnya)."
[Ali 'Imran:135]