От всей души поздравляю вас с праздником Ураза-Байрам, знаменующим завершение священного месяца Рамадан!
(Ot fse dusyi pazdravlyayu vac s praznikom uraza bairam, znamenuyushim zaversyeniye svyasyennava meisyatsa Ramadan! = Dengan sepenuh hati saya ucapkan kepada kamu Selamat Menyambut Eidul Fitr, yang mana ia menandakan tamatnya bulan Ramadhan yang mulia!)
MALAM HARI RAYA
Ramadhan baru sahaja meninggal kita. Saat kedengaran azam maghrib, hati terasa begitu sayu mengingatkan Ramadhan sudah berakhir. Semoga Allah menemukan lagi Ramadhan di masa akan datang. Moga dipanjangkan umur.
Malam ini, seperti biasa kami akan bertakbir beramai-ramai di tingkat enam setengah. Air mata? Tidak usah cerita. Nanti makin bertambah sedunya.
Walau apa pun, penulis harap kita semua tidak lalai dalam meraikan hari raya. Dikala banyak hati mati kerana gembira dapat beraya (lepas dari ibadah puasa mungkin?), ayuh kita hidupkan hati-hati kita dimalam raya ini dengan sujud kepada Yang Maha Esa penuh kesyukuran. Berterusan zikir dan tahmid kepadaNya. Sambil-sambil masak tu, boleh saja
1 Syawwal 1430 Hijriyyah
Tahun ini merupakan tahun ke empat penulis beraya jauh diperantauan. Jauh dari keluarga, sanak saudara, guru-guru dan sahabat-sahabat. Alhamdulillah, tiap-tiap tahun sempat menunaikan solat sunat Eidul Fitr di masjid (Masjid Linggoranskaya).
Kebetulan raya tahun ini jatuh pada hari Ahad, masih lagi berpeluanglah. Syukur. Jika tidak, alamatnya beraya dalam kelas. Solat sunat hari raya disini sentiasa dalam keadaan saf yang tersangat rapat. Terasa rapatnya silaturrahim kami sesama muslim.
Persiapan raya? Tiada yang ‘gempak’ tetapi Alhamdulillah, cukup istimewa untuk meraikan hari mulia bersama sahabat handai disini. Masakan-masakan tradisional tetap ada, cuma mungkin diubahsuai sedikit cara penyediaannya. Rasa masih kekal. Ziarah sahabat-sahabat selepas solat raya, tapi rasanya tidak serancak mereka di
SALAM EIDUL FITRI
Penulis mengambil peluang ini, mengucapkan Selamat Hari Raya kepada ahli keluarga yang berada jauh di Malaysia, guru-guru, sahabat-sahabat dan sahabat pembaca, serta seluruh umat islam.
Semoga kegembiraan ini benar-benar membawa kita kebahagiaan yang kekal hingga ke akhirat kelak. Kegembiraan yang lahir kerana berjaya mengembalikan diri kepada Sang Pencipta Agung.
Semoga bahagia dengan ketenangan limpahan iman, taqwa, syukur dan cinta kepada Allah Ta’ala dan Rasulullah s.a.w.
Semoga terus kekal dengan amalan Qiamullail sebagaimana tegarnya kita memburu Lailatulqadar.
Semoga kalam-kalam Allah dari Kitab Al-Quran terus dialunkan serancak alunan di bulan Ramadhan.
Semoga terus ringan tangan dengan amalan sedeqah.
Semoga diri berterusan melakukan amalan kebaikan.
Semoga dosa kita, ibu ayah, ahli keluarga, dan seluruh umat islam di ampunkan Allah.
Ameen.
Maaf Zahir dan Batin diatas segala salah dan silap.
Allahu akbar, Allahu akbar, Allahu akbar.
p/s: Kami pelajar-pelajar di Volgograd masih dalam usaha mencari dana/sumbangan untuk pembinaan Kirovsky Islamic Centre (masjid ke empat di
BERSATU MEMBANTU UMMAH!
Sumbangan boleh diwakilkan kepada:
Badan Penggerak Khas Tabung Kirovsky
Afham Naqiuddin Bin Osman
Account No: 153010170580 MAYBANK
Email : musliminvolgograd@gmail.com
Alamat di Malaysia : LOT 1203 LORONG PAKATAN KG GUCHIL BAYAM 15200 KOTA BHARU KELANTAN No telefon : 097646155 (
Untuk maklumat lanjut, sila layari http://www.musliminvolgograd.com
No comments:
Post a Comment